
Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh pengeluar kereta nasional PROTON, akan mempamerkan Proton e.MAS 7 Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) serba baharu di DBKL Run & KL Car-Free Morning pada Ahad ini.
PRO-NET membawa Proton e.MAS 7 PHEV keluar dari bilik pameran dan dipamerkan kepada umum, bagi membolehkan orang ramai melihat dan berinteraksi secara langsung dengan kenderaan e.MAS yang bakal dilancarkan, meneroka ciri-ciri inovatif, serta merasai sendiri praktikaliti, kecekapan dan kelestarian pemanduan dwi-kuasa.
“Di PRO-NET, visi jenama kami adalah bagaimana kenderaan Proton e.MAS boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia,” kata Puan Salawati Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET.
“Dengan membawa Proton e.MAS 7 PHEV terus ke acara komuniti seperti KL Car-Free Morning, kami menjemput orang ramai untuk melihat sendiri teknologi terkini e.MAS 7 PHEV dan merasai bagaimana EV Dwi-Kuasa pertama Malaysia ini menjadikan pemanduan jarak dekat lebih lestari dan pemanduan jarak jauh lebih efisien.
”Pengedar rasmi PRO-NET akan berada di lokasi tersebut untuk memperkenalkan teknologi elektrik dan plug-in hibrid yang digunakan pada kenderaan ini.
Para pengunjung berpeluang untuk mengetahui manfaat praktikal pemanduan mobiliti elektrik, termasuk kegunaan harian, kelestarian, serta potensi penjimatan dari segi tenaga dan penyelenggaraan, bagi membantu rakyat Malaysia membuat keputusan yang bijak dalam beralih kepada mobiliti lestari.
Tempahan untuk Proton e.MAS 7 PHEV serba baharu, EV Dwi-Kuasa pertama Malaysia, boleh dibuat secara langsung di acara tersebut bersama pengedar rasmi PRO-NET.
e.MAS 7 PHEV dibuka untuk tempahan pada 13 Januari 2026 selepas cabaran pandu uji secara siaran langsung selama 25 jam yang membawa e.MAS 7 menempuh lebih 1,100 km dari Pulau Pinang ke Johor Bahru, sebelum tiba dengan selamat di PROTON Center of Excellence (COE).
Perjalanan ini bukan sahaja membuktikan kecekapan sebenar kenderaan, tetapi juga kesediaannya untuk perjalanan jarak jauh.
• Jangkaan harga: RM110,000 – RM130,000•
Yuran tempahan:
Tempah sekarang dengan hanya RM99 di mana-mana bilik pameran Proton e.MAS sah di seluruh negara*
• Insentif awal: Rebat RM500 untuk 5,000 pelanggan terawal
Tertakluk kepada Terma & syarat
Terhad kepada 5,000 pelanggan terawal yang berjaya mendaftar e.MAS 7 PHEV mereka.