Hari yang cukup bersejarah buat peminat jentera berprestasi tinggi tempatan! BMW Group Malaysia hari ini secara rasmi telah memperkenalkan dua buah jentera yang membawa lencana paling berkuasa di dunia: New BMW M2 CS dan All-New BMW M3 Touring Competition M xDrive.
Kedua-dua jentera luar biasa ini telah diperkenalkan secara eksklusif di BMW Clubhouse (Factory 19, Petaling Jaya). Berita baik untuk anda, orang awam dijemput hadir untuk melihat sendiri model-model hebat ini dari 17 hingga 19 Julai 2026!

”Ada sebab mengapa BMW M dikenali sebagai ‘The Most Powerful Letter in the World’. Ia bukan sekadar angka output atau catatan masa pusingan litar, tetapi hasil komitmen tanpa kompromi selama berdekad-dekad demi ‘Sheer Driving Pleasure’ dalam apa jua bentuk.”
— Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.
1. New BMW M2 CS: M2 Paling Ringan & Paling Berkuasa Pernah Dibina!
Bagi mereka yang mahukan pemanduan paling tulen dan fokus tanpa sebarang tapisan, New BMW M2 CS ialah jawapannya. Ia merupakan model edisi terhad yang dibangunkan terus dari litar lumba dan baru-baru ini telah memenangi anugerah berprestij AUTO BILD Sportscars of the Year 2025 di peringkat global.
Reka Bentuk Luaran & Diet Karbon 30 KG
Identiti Unik: Hadir dengan gril ginjal (kidney grille) spesifik-model dengan corong udara lebih besar bersama emblem M2 CS bergaris merah.
Aerodinamik Agresif: Dilengkapi front splitter hitam mat, lampu Adaptive LED dengan M Lights Shadowline, serta bumbung M Carbon untuk merendahkan pusat graviti.
M Carbon Tailgate: Pintu but belakang rekaan khas “ducktail” dibina sepenuhnya daripada gentian karbon, membantu mengurangkan berat keseluruhan sebanyak 30 kg berbanding model standard.
Rim & Tayar: Menggunakan rim aloi ringan M jejari bintang Style 827 M bersaiz 19″/20″ (staggered) dengan kemasan warna Gold Bronze dan dibalut tayar litar lumba.
Ruang Kabin Berjiwa Lumba
Kemudi Alcantara & Konsol Karbon: Roda stereng M Alcantara dengan penanda pukul 12 berwarna merah. Konsol tengah pula diperbuat daripada gentian karbon berkilat dengan logo CS merah.
M Carbon Bucket Seats: Tempat duduk bucket gentian karbon standard yang dibalut kulit Merino. Kepala penyandar boleh ditanggalkan untuk memberi ruang jika anda memakai topi keledar (helmet) ketika beraksi di litar lumba!
Teknologi & Hiburan: Didatangkan dengan sistem audio premium Harman Kardon 14-pembesar suara (464 watt) serta panel digital BMW Live Cockpit Professional.
Spesifikasi Enjin & Prestasi Padu
Enjin: S58 M TwinPower Turbo 3.0L enam-silinder sebaris (berkait rapat dengan jentera lumba GT3).
Kuasa Maksimum: 390 kW (530 hp) @ 6,250 rpm.
Tork Maksimum: 650 Nm @ 2,750 – 5,730 rpm.
Transmisi: 8-kelajuan Steptronic Sport (Pacuan Roda Belakang).
0-100 km/h: Hanya 3.8 saat!
Kelajuan Maksimum:302 km/h (dengan M Driver’s Package standard).
Dinamik Pemanduan: Suspensi Adaptive M yang direndahkan sebanyak 8 mm bersama pembeza M Sport (M Sport differential). Didatangkan juga dengan voucher program latihan pemanduan M Intensive Training!
Harga Jualan : RM 950,800 / RM 993,100

2. All-New BMW M3 Touring: Jentera Keluarga Berjiwa Supercar!
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 BMW M3. Dan tiada cara yang lebih baik untuk meraikannya di Malaysia melainkan dengan memperkenalkan BMW M3 Touring Competition M xDrive buat pertama kali secara rasmi di pasaran tempatan! Model ini memenangi anugerah What Car? Performance Car of the Year 2025.
Praktikaliti Bertemu Prestasi M3
Reka Bentuk “Wagon” yang Menggoda: Mengekalkan siluet Touring yang agresif dengan rim tempaan M 19″/20″ Style 825 M Bicolour Black.
Kapasiti Kargo Luas: Memiliki ruang kargo sebesar 500 liter yang boleh dibesarkan sehingga 1,510 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Pintu but belakang juga beroperasi secara elektrik.
BMW Curved Display: Kabin hadapan dilengkapi skrin berkembar (instrumen 12.3-inci dan skrin kawalan 14.9-inci) dengan sistem operasi BMW Operating System 8.5 berorientasikan pemandu.
Keselesaan Harian: Tempat duduk bucket M Carbon balutan kulit Merino, sistem audio Harman Kardon 16-pembesar suara, serta pendingin hawa automatik.
Spesifikasi
Enjin: BMW M TwinPower Turbo 3.0L enam-silinder sebaris (enjin yang sama digunakan pada jentera lumba endurance BMW M4 GT3).
Kuasa Maksimum: 390 kW (530 hp) @ 6,250 rpm.
Tork Maksimum: 650 Nm @ 2,750 – 5,730 rpm.
Sistem Pacuan: M xDrive all-wheel drive (Pacuan semua roda pintar) digandingkan dengan transmisi 8-kelajuan Steptronic Sport.
0-100 km/h: Hanya 3.6 saat!
Kelajuan Maksimum:250 km/h.
Harga Jualan : Rm 898,800 / Rm 950,900
Jaminan & Program Kepemilikan Premium: “Relax. We Care.”
Bagi memastikan ketenangan minda pemilik di Malaysia, setiap pembelian didatangkan dengan pakej pemilikan premium daripada BMW Group Malaysia:
BMW Proactive Care: Sistem pemantauan keadaan kenderaan masa nyata secara pintar untuk mengesan sebarang masalah sebelum ia berlaku. Amaran akan dihantar terus ke aplikasi My BMW App anda.
Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun beserta program servis BMW Service & Repair Inclusive (BSRI) selama 5 tahun / 100,000km.
BMW Roadside Assistance: Bantuan kecemasan 24/7 termasuk tunda percuma, kenderaan ihsan, dan penginapan hotel jika berlaku situasi tidak dijangka.
New BMW M2 CS: Tersedia dalam warna Black Sapphire, Brooklyn Grey, dan warna eksklusif Velvet Blue (Dalaman: Merino Black dengan M Highlights).
All-New BMW M3 Touring: Tersedia dalam warna Skyscraper Grey (pilihan ruang dalaman Merino Yas Marina Blue atau Merino Silverstone) dan warna ikonik Isle of Man Green (ruang dalaman Merino Kyalami Orange).