Pasaran kenderaan elektrik (EV) premium tempatan hari ini digegarkan dengan pelancaran rasmi DENZA Z9GT. Malaysia bertuah kerana dipilih menjadi lokasi kemunculan sulung (debut) model ini bagi rantau Asia Pasifik. Mengambil tempat dengan latar belakang ikonik Menara Berkembar Petronas (KLCC), majlis pelancaran eksklusif ini menandakan bermulanya era baharu segmen Grand Tourer (GT) mewah pintar di tanah air.

​Membawa falsafah “Technology Drives Elegance”, DENZA Z9GT bukan sekadar EV biasa. Ia merupakan sebuah jentera yang menggabungkan prestasi ekstrem, kecerdasan buatan, dan kemewahan bertaraf tinggi. ​Prestasi Padu Platform e3 yang mampu membuat pecutan 0-100 KM/J Hanya 2.7 Saat!

​Di sebalik reka bentuknya yang eksotik, DENZA Z9GT dibina berasaskan e3 Platform dengan seni bina kenderaan pintar paling maju daripada DENZA.

​Spesifikasi Power & Prestasi DENZA Z9GT:

▪ ​Sistem Pacuan: Tri-Motor (Tiga Motor Elektrik) All-Wheel Drive (AWD)

▪ ​Kuasa Maksimum: 850 kW / 1,156 PS

▪ ​Tork Maksimum: 1,210 Nm

▪ ​Pecutan (0-100 km/j): Sepantas 2.7 saat sahaja!

▪ ​Jarak Pemanduan: Sehingga 701 km (mengikut kitaran NEDC)

​Bukan itu sahaja, e3 Platform ini turut memuatkan teknologi pemanduan pintar yang membuatkan kereta sepanjang ini kekal tangkas. Antaranya termasuk sistem stereng gandar belakang sehingga 15° yang memberikan jejari pusingan terbaik dalam kelasnya (4.62 meter). Ciri unik seperti e3 Parking, Mod Ketam (Crab Walk), Pencil Compass Turn, dan Kawalan Gerakan Kenderaan (VMC) turut melengkapkan model GT mewah ini.

​DENZA Z9GT menjadi model terawal yang dilengkapi dengan Bateri Blade Generasi Kedua BYD berkapasiti 122.49 kWh dengan seni bina voltan tinggi 1,000V. Menariknya, bateri baharu ini menawarkan ketumpatan tenaga 5% lebih tinggi serta tahap keselamatan yang dipertingkatkan. Dengan adanya Teknologi Pengecasan Flash (Kilat) BYD, masa menunggu di stesen pengecasan kini bukan lagi satu isu:

• ​10% hingga 70%: Hanya mengambil masa 5 minit!

• ​10% hingga 97%: Hanya mengambil masa 9 minit!

​Menjenguk ke dalam kabin, DENZA Z9GT menawarkan ruang dalaman serba moden dan sofistikated. Ia dilengkapi dengan sistem audio premium Devialet® 20 pembesar suara untuk pengalaman akustik luar biasa. Sistem infotainmen pula dikuasakan oleh pemproses berprestasi tinggi dengan ketersambungan pintar serta fungsi Google terbina dalam (Built-in).

DENZA Z9GT ini ditawarkan dengan ​dua pilihan warna kemasan luar dan boleh memilih kemasan dalaman mengikut pilihan individu seperti :

• ​Rime Gold (Luaran): Boleh dipadankan dengan ruang dalaman Dark Chocolate & Perg Beige ATAU tema serba hitam dengan tempat duduk suede dan jahitan kuning.

• ​Obsidian Black (Luaran): Boleh dipadankan dengan tema Dark Chocolate & Red Velvet, Dark Chocolate & Perg Beige, ATAU tema serba hitam dengan tempat duduk suede dan jahitan kuning.

​Bagi pasaran Malaysia, harga pasaran yang disyorkan bagi DENZA Z9GT (tidak termasuk insurans dan pendaftaran) adalah bermula dari RM 358,800.

​Setiap pembelian didatangkan dengan pakej pemilikan menyeluruh yang cukup berbaloi:

• ​Waranti Kenderaan: 6 tahun atau 150,000 km

• ​Servis Penyelenggaraan Percuma: 6 tahun (bernilai RM10,000)

• ​Waranti Bateri Voltan Tinggi: 8 tahun atau 160,000 km

• ​Waranti Unit Pacuan (Drive Unit): 8 tahun atau 160,000 km

• ​Hadiah Eksklusif: Sepasang fon telinga ultra-premium edisi khas DENZA x Devialet® bernilai RM2,000.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *