Perodua nampaknya sudah bersedia untuk memecah dominasi pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan. Gergasi automotif nasional ini secara rasmi telah mendedahkan babak kedua dalam portfolio EV mereka menerusi pengenalan kereta konsep baharu yang dinamakan ‘Chapter 2’ atau C2 di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026).
​Menariknya, reka bentuk jentera masa hadapan ini diinspirasikan sepenuhnya oleh gaya hidup dan cita rasa generasi baharu Alpha serta Beta di Malaysia.



“C2 adalah sebahagian daripada jalan cerita EV kami. Ia mengembangkan naratif buatan Malaysia untuk dunia, seiring dengan usaha kami menambah baik pengalaman mobiliti untuk pelanggan kami.”

Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.


​Perodua C2 hadir sebagai sebuah kereta konsep dalam Segmen-B. Bukan sekadar reka bentuk luaran, kekuatan utama C2 terletak pada ekosistem digitalnya yang dipandu oleh sistem bantuan pemanduan kecerdasan buatan (AI).
​Antara ciri pintar AI utama yang diintegrasikan termasuklah:

  • ​Navigasi Masa Nyata (Real-time Navigation): Membantu pemandu merancang perjalanan dengan lebih efisien.
  • ​Pencari Stesen Pengecasan: Memudahkan pemandu mengesan lokasi pengecasan EV terdekat secara automatik.
  • ​Kemas Kini Trafik Pintar: Mengelakkan kesesakan jalan raya secara dinamik.
  • ​Sistem Anti-Curi Dipertingkat: Menjamin keselamatan kenderaan pada tahap tertinggi.
  • ​Bantuan Parkir Kenderaan (Smart Parking): Memudahkan urusan meletakkan kenderaan di ruang yang sempit.

Satu lagi highlight utama pada Perodua C2 ini adalah pengenalan super app P-Circle yang disepadukan terus ke dalam sistem infotainmen kereta. Langkah ini membuktikan visi Perodua yang mahu melampaui batas pembuatan kereta konvensional ke arah penyedia mobiliti

  • E-Wallet: Untuk kemudahan pembayaran digital yang lancar.
  • Penghantaran Alat Ganti Tulen: Memudahkan urusan servis dan penyelenggaraan terus ke lokasi anda.

Bagi peminat automotif yang mengikuti perkembangan Perodua, C2 menampilkan bahasa reka bentuk (design language) yang berbeza sepenuhnya daripada konsep EM-O yang pernah dipertontonkan sebelum ini. Ia direka sepenuhnya oleh barisan pereka muda dan berbakat tempatan yang menterjemahkan visi radikal mereka terhadap masa depan EV negara. ​Apa yang paling penting, Perodua mengesahkan bahawa C2 ini akan menjadi ‘blueprint’ atau asas utama bagi penghasilan model EV produksi massa Perodua di masa hadapan.

​Perodua kini sedang aktif mengumpul maklum balas dan pandangan daripada orang ramai yang mengunjungi KLIMS 2026 bagi memastikan produk EV akhir mereka menepati jangkaan pasaran.


​Selain daripada replika fizikal kereta konsep C2, pengunjung yang hadir ke reruai Perodua juga boleh merasai sendiri pelbagai tarikan teknologi interaktif lain yang disediakan, antaranya:

  • ​Pameran Penuh Aplikasi P-Circle: Peluang mencuba sendiri fungsi dan tawaran ekosistem digital terbaharu mereka.
  • ​Robot Interaktif & Dron: Mempamerkan visi automasi masa depan Perodua.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *