UMW Toyota Motor (UMWT) memperkenalkan Vios HEV dan Vios HEV GR Sport, menjadikannya sedan B-segmen paling mampu milik Toyota dengan teknologi hibrid setakat ini. Lebih signifikan, Vios Hybrid turut disokong oleh pemasangan bateri hibrid tempatan di kilang Toyota Bukit Raja dimana ia merupakan satu langkah strategik yang memperkukuh ekosistem kenderaan elektrik dan hibrid negara. Toyota Vios merupakan antara sedan paling laris di Malaysia, dan dengan kehadiran versi hibrid ini, Toyota membawa teknologi elektrifikasi ke segmen arus perdana tanpa mengorbankan praktikaliti harian.

Pendekatan ini sejajar dengan strategi Toyota Multipathway, yang menekankan penyelesaian realistik dan mudah diakses tanpa keperluan pengecas luaran atau perubahan gaya hidup pengguna. Bateri Hibrid Dipasang di Bukit Raja, dengan kapasiti 30,000 Unit Setahun. Sebagai sokongan kepada Vios HEV, UMWT kini mengendalikan barisan pemasangan bateri hibrid tempatan di fasiliti Bukit Raja.
Antara menjadi perhatian
- Kapasiti sehingga 30,000 unit bateri setahun
- 97% komponen dipasang secara tempatan dan membantu mengurangkan pelepasan CO₂ daripada proses import
- Tingkatkan daya tahan rantaian bekalan tempatan

Setiap bateri melalui proses pemeriksaan automatik, ujian prestasi dan sistem pengesanan penuh bagi memastikan piawaian Quality, Durability & Reliability (QDR) Toyota dipatuhi.

Toyota Vios Hybrid dikuasakan oleh:
- Enjin petrol 1.5 liter
- Motor elektrik berkuasa 80 PS dan 141 Nm
- Kuasa gabungan 111 PS
- Penggunaan bahan api 3.6L/100km (NEDC)
Sistem self-charging hybrid membolehkan pemanduan elektrik pada kelajuan rendah serta pengecasan automatik melalui brek regeneratif yang ideal untuk trafik bandar.
Di bahagian dalaman, Vios HEV tampil lebih moden dengan:
- Skrin infotainmen 10.1 inci
- Paparan meter 7 inci Multi-Information Display khas hibrid
- Paparan aliran tenaga dan status EV
Keselesaan dan ruang but kekal praktikal, menjadikannya sesuai sebagai kereta harian atau kegunaan keluarga.

Bagi yang mahukan gaya lebih sporty, Toyota Vios HEV GR Sport hadir dengan:
- Kit aerodinamik dan lencana GR
- Suspensi dan stereng talaan khas GR
- Kabin dengan tempat duduk Leather Suede, jahitan kontras dan stereng GR
- Gabungan ini menawarkan pengendalian lebih tajam tanpa menjejaskan keselesaan harian.
Gabungan ini menawarkan pengendalian lebih tajam tanpa menjejaskan keselesaan harian.
Keselamatan & Penarafan ASEAN NCAP 5-BintangToyota Vios Hybrid dilengkapi Toyota Safety Sense, termasuk:
- Pre-Collision System
- Lane Keep Control
- Adaptive Cruise Control
- Blind Spot Monitor
- Auto High Beam
Ia turut menerima penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP, menjadikannya antara sedan paling selamat dalam kelasnya.

Toyota Vios HEV: dari RM103,900
Toyota Vios HEV GR Sport: dari RM109,900
