Jenama automotif JAECOO meraikan ulang tahun pertamanya di Malaysia Autoshow 2025 dengan penjenamaan semula kepada OMODA ꟾ JAECOO, ini menandakan komitmennya terhadap pasaran Malaysia sebagai jenama SUV premium dan dinamik.

Menurut Naib Presidennya, Emily Lek, penjenamaan semula ini bertujuan menawarkan pengalaman lebih keperibadian kepada pengguna, sejajar dengan permintaan gaya hidup moden dan keperluan pemanduan lasak. Tahun lalu, jenama ini berjaya menarik 12,000 pendaftaran untuk model ICE dan hibrid serta membina rangkaian 45 pengedar sah di seluruh Malaysia. Di peringkat global, OMODA ꟾ JAECOO kini hadir di 42 negara dengan lebih 1,300 bilik pameran dan 500,000 pengguna.

Sebagai tarikan utama di MAS2025, model baharu OMODA C7 Neo Crossover diperkenalkan buat pertama kali, dijangka menjadi pesaing hebat dalam Segmen C. Jenama ini juga mengetengahkan teknologi Super Hybrid System (SHS) melalui model J7 PHEV, yang terbukti mampu menempuh lebih 1,300 km dengan satu tangki minyak dan cas penuh.

Pengunjung pameran berpeluang memandu uji rangkaian SUV termasuk JAECOO J7, J7 PHEV, OMODA 9 serta JAECOO J8 yang buat pertama kali dibuka untuk pandu uji orang ramai. Promosi khas termasuk servis percuma 5 tahun, kadar pinjaman rendah dan waranti lanjutan sehingga 10 tahun ditawarkan kepada pelanggan yang membuat tempahan di MAS2025.
Pavilion OMODA ꟾ JAECOO turut menyediakan aktiviti menarik seperti tote bag cetakan digital, ganjaran eksklusif, serta jualan rantai kunci dan kad Touch ‘n Go edisi khas.