Mercedes-Benz Malaysia menawarkan “Luxury of Choice” di Malaysia Autoshow 2025 dengan memberikan fleksibiliti kepada pelanggan dengan memberi kebebasan memilih kenderaan mewah mengikut gaya hidup dan keperluan pelanggan. Di pameran ini terdapat barisan kenderaan yang dipamerkan merangkumi model enjin pembakaran dalaman berprestasi tinggi, hibrid plug-in, serta kenderaan elektrik sepenuhnya dan yang paling menarik adalah Certified Pre-Owned Mercedes yang telah diperiksa rapi dan dijamin kualitinya.

Certified Pre-Owned Mercedes-Benz memberi peluang kepada pelanggan baru untuk memiliki kenderaan impian mereka dengan keyakinan penuh. Setiap model diperiksa secara menyeluruh untuk memastikan keselamatan, prestasi dan kualiti adalah setaraf dengan standard Mercedes-Benz. Selain itu turun diperkenalkan pelan pembiayaan Young Star Agility+. Pelan pembiayaan Young Star Agilitiy+ ini khas untuk model Certified Pre-Owned yang berusia bawah dua tahun.

Pelan ini menawarkan bayaran bulanan lebih rendah dengan nilai masa depan yang dijamin, fleksibiliti tamat tempoh, mobilitiy plus, rebat insuran sehingga RM 6,400 menerusi Mercedes-Benz Star Protect dan kredit pengecasan sehingga RM1,200 untuk model elektrik EQ.

Pelanggan yang berminat boleh berpeluang untuk memandu uji kenderaan Certified Pre-Owned Mercedes-Benz seperti:-
– Mercedes-Benz A200
– Mercedes-Benz A250 4MATIC
– Mercedes-Benz GLA 200
– Mercedes-Benz EQA 250
– Mercedes-Benz EQE 350+ AMG Line
– Mercedes-Benz EQS 580 SUV
– Mercedes-Benz E200
– Mercedes-Benz S580 e