ICAUR merupakan Jenama Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) kegunaan lasak, kini secara rasmi dilancarkan di Malaysia Autoshow 2025, dan ia menjadikan Malaysia sebagai pasaran pertama di ASEAN selepas pelancaran globalnya di Auto Shanghai bulan lalu.

iCAUR ialah hasil kerjasama antara Chery dan SmartMi Tech, dan kini bersedia menawan pasaran dengan menawarkan inovasi, gaya hidup aktif serta prestasi elektrik sepenuhnya, khusus buat pengembara moden dan pengguna muda yang gemarkan ekspresi diri.

iCAUR turut mengumumkan pelantikan 11 pengedar rasmi pertama,dan lebih banyak pengedar rasmi akan diumumkan. Ini merupakan tindakan mengukuhkan komitmen jangka panjang jenama ini terhadap pasaran Malaysia.

Di Malaysia Autoshow 2025, ICAUR mempamerkan dua model yang bakal dijual untuk pasara Malaysia seperti ICAUR 03 yang bakal dijual pada suku ketiga 2025. Selain itu juga terdapat model ICAUR 03T serta ICAUR V23

ICAUR 03 ini hadir dengan varian 2WD dimana spesifikasinya adalah 135kW, tork 220Nm dengan bateri 65.7kWH serta jarak tempuh sejauh 426 km (NEDC). Untuk varian ICAUR 03 IWD pula ditawarkan dengan dua motor elektrik (depan + belakang) berkapasiti 205 kW, 385Nm tork serta kapasiti bateri 69.8kWh dan memiliki jarak tempuh 418 km (NEDC)
ICAUR menggunakan binaan rangka badan aluminium penuh dan perisai bateri untuk memaksimumkan keselamatan. Hadir dengan enam mod pemanduan untuk pelbagai permukaan.

Ruang dalaman ICAUR O3 ini dilengkapi dengan kokpit digital i-VA serta skrin pusat berukuran 15.6 inci dan paparan infometer 9.2 inci. Model ini juga memiliki 12 pembesar suara dari INFINITY serta kamera 540°
ICAUR 03 ini turut memiliki sistem ADAS 2.5 (Bantuan Tukar Lorong, Kawalan Adaptif, Bantuan Kesesakan Lalu Lintas).
Kebolehan ICAUR 03 ini melakukan pengecasan pantas 80kW DC dan membenarkan pengecasan dari 30% ke 80% dalam 30 minit sahaja. Harga jualan anggaran untuk model ICAUR 03 ini sekitar:
ICAUR 03 2WD : RM 145,000
ICAUR 03 IWD : RM 155,000