Selepas mengumumkan harga bermula dari RM115,000 untuk SUV elektrik segmen B terbaharu, MGS5 EV, MG Motor Malaysia menawarkan pakej eksklusif awal sempena Malaysia Autoshow 2025.

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Ketua PegawaiEksekutif Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARii), Azrul Reza Aziz, dan Timbalan Ketua PegawaiEksekutif MARii, Ts. Nizmar Mohd Nazar. 

Turut hadir, pasukan pengurusan kanan MG Motor Malaysia yang diketuaioleh Pengarah Urusan Emory QiFeng dan Ketua PegawaiOperasi SAIC Motor Malaysia, Lee Wen Hsiang.

Pelanggan yang membuat tempahan MGS5 EV semasa Malaysia Autoshow dengan bayaran yuran tempahan RM500 akan layak untuk pakej early bird eksklusif. 

Pakej inimenawarkan penjimatan luar biasa memberikan nilaitambahan kepada penyokong awal sebelum harga rasmidiumumkan. 

Di samping itu, pelanggan awal juga akanmenerima pengecas AC Wallbox 7kW secara percuma bagimemudahkan pengecasan di rumah.

MGS5 EV akan ditawarkan dalam dua varian – COM dan LUX. Varian COM hadir dengan pilihan bateri 49kWh atau62kWh, masing-masing memberikan jarak WLTP sehingga340km dan 430km. 

Bateri 62kWh adalah standard untukvarian LUX, yang juga menawarkan jarak sehingga 430km. Semua varian dilengkapi dengan tork 170PS dan 250Nm disalurkan melalui konfigurasi Pacuan Roda Belakang (RWD)yang menjadi pilihan unik dalam segmennya serta sokonganpengecasan 7kW AC.

Varian LUX turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga150kW membolehkan pengecasan dari 10% hingga 80% dalam masa hanya 26 minit. 

Selain itu, varian ini menawarkan pengalaman pemanduan premium dengan ciri-ciri seperti rodaaloi 18 inci, bumbung matahari panoramik, tempat duduk fabrik kulit dengan logo MG, tempat duduk pemandu bolehlaras kuasa, stereng kulit dengan sistem penghangat, pad pengecasan telefon tanpa wayar, enam pembesar suarapremium, pintu belakang berkuasa, dan kamera pandangansekeliling 360 darjah.

Kedua-dua varian dilengkapi dengan lampu depan LED dengan DRL bertemakan ‘Racing Flag’ dan lampu belakangArch khas MG dengan motif tersendiri. Sorotan tambahantermasuk kefungsian Vehicle-to-Load (V2L), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 12.8 inci skrin sentuhinfotainment dengan arahan suara, 10.25 inci InstrumenDigital, dan sistem sambungan MG iSMART. 

Ruang but yang luas menawarkan sehingga 1,441 liter termasuk petak bawahlantai.

Direka dengan susun atur bateri mendatar ultra nipis, MGS5 EV memaksimumkan ruang dalaman sambil mengekalkanpusat graviti yang rendah, menetapkan penanda aras baharudalam segmennya. 

Menurut Emory QiFeng Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia berkata dengan pilihan bateri 49kWh dan 62kWh tersedia untukkedua-dua varian COM dan LUX, MGS5 EV menawarkankepraktisan, nilai, dan fleksibiliti dunia sebenar untukdisesuaikan dengan pelbagai gaya hidup”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *