PRO-NET yanv merupkan anak syarikat milik penuh PROTON, mencuri tumpuan di pameran automotif terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung dari 9 hingga 15 Mei di MAEPS Serdang. 

PRO-NET akan mempamerkan kenderaan elektrik (EV) dengan barisan model yang mengagumkan bersama PROTON, sekali gus menampilkan jenama automotif nasional sebagai lebih inovatif, lestari, dan berpandangan jauh berbanding sebelum ini.

Model terbaharu dalam barisan e.MAS menjadi tarikan utama di ruang pameran Proton e.MAS. 

Dibalut dengan rekaan pelekat pembalut kereta yang unik, kenderaan ini menarik perhatian ramai pengunjung yang ingin melihat lebih dekat perkembangan terkini dalam usaha menuju elektrifikasidaripada PRO-NET.

Dalam sebuah pameran khas bersama media, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, secara rasmi mengumumkan nama model EV terbaharu, Proton e.MAS 5. 

Dijadualkan untuk pelancaran pada suku keempat tahun 2025. 

Proton e.MAS 5 disasarkan kepada golongan pemandu muda dan pembeli EV kali pertama, dengan janji untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih mampu milik, bergaya, dan mudah untuk generasi baharu rakyat Malaysia. 

Inisiatif ini selari dengan Rangka Tindakan Peralihan Tenaga Nasional (NETR) kerajaan yang menyasarkan 80% jualan kenderaan baharu terdiri daripada kenderaan elektrik (xEV) menjelang tahun 2050, serta menyokong matlamat Malaysia dalam membangunkan ekosistem EV yang kukuh dan menggalakkan orang ramai beralih kepada mobiliti lestari.

Dengan penamaan angka “5”, model ini ditonjolkan sebagai pilihan yang lebih kompak berbanding e.MAS 7 dimana ia direka khusus sebagai sebuah SUV segmen-C. Walaupun lebih kecil, e.MAS 5 tetap membawa kecerdasan dan reka bentuk yang berpandangan jauh, ciri yang menjadi identiti utama dalam barisan Proton e.MAS.

Zhang Qiang mengulas, “Proton e.MAS 5 adalah gambaran visi kami untuk era baharu mobiliti elektrik, direka khas untuk generasi muda Malaysia, membentuk masa depan yang lebih pintar, lebih hijau, dan lebih menyeronokkan. Jika e.MAS 7 dicipta untuk memenuhi keperluan keluarga Malaysia, e.MAS 5 pula memberikan pengalaman pemanduan yang lebih dinamik, menarik, dan pastinya menyeronokkan.”

Rakyat Malaysia juga dijemput untuk merasai sendiri Proton EV pertama, e.MAS 7, secara lebih dekat melalui kempen jelajah di seluruh negara. Pengunjung juga berpeluang melihat terlebih dahulu Proton e.MAS 5 yang dilitupi rekaan corak pelekat pembalut kereta.

Lokasi Kempen Jelajah “Electrify Your Life”:

• TRX Mall, Kuala Lumpur (22–25 Mei)

• Gurney Paragon, Penang (13–15 Jun)

• AEON Mall, Melaka (27–29 Jun)

• Paradigm Mall, Johor Bahru (3–6 Julai)

• Central i-City, Shah Alam (21-24 Ogos)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *