Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia menerusi program kewangan Agility+ melancarkan kempen Merdeka FLEX yang memberi peluang kepada pemandu tempatan memandu kereta mewah impian mereka pada kadar bayaran serendah RM66 sehari. Kempen khas yang bermula dari 1 Ogos 2026 ini turut diseri dengan penawaran ganjaran eksklusif #MYMercedesRewards bernilai sehingga RM75,000 bagi model-model terpilih (sementara stok masih ada). Tawaran ini merangkumi pelbagai varian popular seperti sedan A-Class dan E-Class hingga ke SUV idaman seperti GLC dan GLE.

​Menerusi skim Merdeka FLEX ini, model entry-level seperti Mercedes-Benz A 200 dan GLA 200 Nightfall Edition kini boleh dimiliki dengan bayaran bulanan bermula RM1,988 (anggaran RM66 sehari), di mana pembeli A 200 bakal menikmati #MYMercedesRewards bernilai RM50,000. Bagi peminat sedan segmen-C dan SUV pertengahan, C 200 AMG Line ditawarkan pada kadar bulanan dari RM2,788 (RM93 sehari) dengan rebat RM30,000, manakala GLC 200 4MATIC bermula dari RM3,288 sebulan (RM110 sehari) bersama rebat RM25,000. Pilihan model hibrid dan SUV premium turut menerima penawaran berbaloi; E 350 e dengan EQ Hybrid Technology hadir pada bayaran RM3,588 sebulan (RM120 sehari) berserta rebat RM55,000, GLE 400 e 4MATIC pada RM4,488 sebulan (RM150 sehari) berserta rebat RM35,000, dan varian GLE 450 4MATIC pada RM5,188 sebulan (RM173 sehari) yang membawa ganjaran gergasi #MYMercedesRewards bernilai RM75,000.

​Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) Mercedes-Benz Cars Malaysia, Nadia Trimmel, kempen ini dilancarkan sebagai lambang semangat kemerdekaan dengan memberikan kebebasan dan fleksibiliti kewangan kepada pelanggan menerusi penyelesaian yang disesuaikan mengikut gaya hidup mereka. Selain penjimatan wang tunai, setiap pakej Agility+ didatangkan dengan pakej keistimewaan tersendiri seperti Pelanjutan Waranti 1 Tahun, sehingga 4 Pakej Servis Kompak, perkhidmatan MobilityPlus, serta jaminan nilai masa depan kenderaan menerusi Guaranteed Future Value (GFV) yang memastikan susut nilai kereta dipelihara dengan pilihan tamat tempoh yang fleksibel.

​Penawaran pemilikan holistik ini turut disebatikan dengan pengalaman gaya hidup mewah Mercedes-Benz, termasuk akses ke acara jemputan khas, kelab pelanggan eksklusif, rangkaian perkhidmatan selepas jualan premium, serta akses kepada rangkaian stesen pengecas EV yang kian meluas di seluruh negara. Sambutan Merdeka ini menjadi lebih bermakna apabila Mercedes-Benz turut meraikan ulang tahun “140 Years of Innovation” menerusi siri kembara trans-benua 3 buah sedan S-Class merentasi 140 lokasi utama di seluruh dunia. Pembeli yang berminat boleh mengunjungi mana-mana rakan pengedar sah Mercedes-Benz Malaysia atau layari laman web rasmi mereka untuk maklumat lanjut. 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *