Pasaran SUV mewah tempatan nampaknya makin rancak! DENZA Malaysia secara rasminya telah melancarkan jentera terbaharu mereka, DENZA B8. Ini bukan biasa-biasa ya, sebab ia merupakan model pertama di Malaysia yang dibina berasaskan teknologi DMO Super Hybrid.

​Bagi yang belum tahu, DENZA ni asalnya adalah jenama usahasama antara BYD dan Mercedes-Benz, jadi korang boleh bayangkan sendiri kombinasi teknologi gila-gila BYD berserta sentuhan premium warisan Eropah.

Untuk pasaran Malaysia, DENZA B8 ditawarkan dalam dua varian:

• ​DENZA B8 Dynamic (7-Tempat Duduk): RM458,800

• ​DENZA B8 Premium (6-Tempat Duduk): RM518,800

​Jangan tertipu dengan imej mewahnya, sebab di bawah hud enjin DENZA B8 ini tersimpan ‘monster’ yang sedia menerkam. Menggunakan Platform DMO Super Hybrid, ia menggabungkan enjin 2.0L Turbo, dua motor elektrik, dan Bateri BYD Blade.

• ​Kuasa Maksimum: Gabungan mantap sehingga 450kW dan tork gergasi 760Nm!

• ​Sistem Pacuan: Pakej sistem pacuan empat roda (4WD) pintar.

• ​Jarak Pemanduan Elektrik (Pure EV): Bateri 36.8kWh membolehkan mod EV sepenuhnya sejauh 115km (NEDC).

• ​Jumlah Jarak Maksimum: Bila digabungkan dengan tangki minyak 91 liter, korang boleh jalan sejauh 1,040km (NEDC)! Memang tak penat nak singgah stesen minyak selalu kalau balik kampung.

​Sistem hibrid ini juga fleksibel dengan sokongan mod Pure EV, HEV Series, dan Parallel secara automatik mengikut gaya pemanduan korang. Nak cas pun laju, ada pengecasan pantas DC sehingga 120kW (30% ke 80% cuma ambil masa 16 minit) dan fungsi Vehicle to Load (V2L) 6.6kW untuk korang pacak elektrik luar semasa berkhemah.

​Satu lagi fungsi yang buat kami rasa berbaloi ialah Sistem Kawalan Casis Pintar DiSUS-P (Intelligent Hydraulic Body Control System). Sistem ini membolehkan perlarasan ketinggian kereta sehingga 140mm. ​Bukan itu sahaja, DENZA B8 ini berkemampuan untuk meredah air sehingga kedalaman 890mm! Ditambah pula dengan sudut pendekatan 34 darjah, sudut pelepasan 35 darjah, serta tayar saiz 275/55R20, nak bawa masuk laluan off-road ekstrem atau redah banjir kilat kotaraya pun boleh.

​Reka bentuk luaran menggunakan bahasa Starship Mecha yang nampak futuristik gila, lengkap dengan lampu siang LED Starship Wing.

​Masuk bahagian dalam, amboi… terus rasa macam bos-bos. Ruang kabin dibalut dengan upholsteri kulit Nappa premium. Paling syok, kedua-dua varian didatangkan standard dengan sistem audio Devialet® 18 pembesar suara. Ini perbezaan spesifikasi dalaman ikut varian yang korang kena tahu: 

Ciri / Varian

DENZA B8 Dynamic (7-Seater)

DENZA B8 Premium (6-Seater)

Konfigurasi

Bangku barisan kedua (pelarasan elektrik & ventilasi)

Tempat duduk kapten barisan kedua (ottoman, ventilasi & fungsi urut)

Kapasiti But

147 liter hingga 920 liter

Sehingga 902 liter

Anda juga boleh pilih 5 warna luaran (Alpine White, Dawn Gold, Eclipse Black, Emerald Green, Nebula Silver) dan 2 tema dalaman (Onyx Black, Jasper Brown).

​Pakej waranti ditawarkan untuk Denza B8

• ​Waranti Kenderaan: 6 tahun atau 150,000km

• ​Servis Penyelenggaraan Percuma: 6 tahun (bernilai RM10,000)

• ​Waranti Bateri Voltan Tinggi: 8 tahun atau 160,000km

• ​Waranti Unit Pacuan (Drive Unit): 8 tahun atau 160,000km

• ​Bonus: Adapter V2L percuma bernilai RM700

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *