Pernah terbayang tak bawa trak dalam bandar tapi kaki tak lenguh tekan klac? Haa, impian tu jadi kenyataan hari ini! Angka-Tan Motor (ATM) secara rasminya telah memperkenalkan Foton Aumark S Euro 5 AMT di acara Malaysia Commercial Vehicle Expo 2026 (MCVE 2026).

​Apa yang gempaknya? Inilah trak tugas ringan dari jenama China yang pertama di Malaysia dilengkapi dengan Automated Manual Transmission (AMT). Maknanya, lepas ni pemandu tak perlu lagi pening dengan pertukaran gear manual, terutamanya masa tersangkut dalam jam.

​Bukan sekadar gear auto, trak ni memang direka untuk usahawan yang nak jimat tapi nak power. Ini antara sebab kenapa korang kena usha model ni:

  • ​Dengan transmisi AMT 6-kelajuan dari ZF, pemanduan jadi lebih lancar dan kurang stres untuk penghantaran dalam bandar. Sesuai sangat untuk tarik minat lebih ramai pemandu, termasuk pemandu wanita!
  • ​Menggunakan enjin Cummins ISF 3.8-liter Euro 5. Bukan saja lebih bersih untuk alam sekitar, tapi ia mampu hasilkan 154 PS dan tork setinggi 500 Nm.
  • Kombinasi enjin Euro 5 dan AMT ni memang fokus nak rendahkan kos penyelenggaraan dan jimatkan minyak. Untung lebih la poket syarikat.
  • Jangan risau bab keselamatan. Trak ni ada ABS, Anti-Slip Regulation (biar tak lari masa jalan licin), dan Hill Start Assist supaya trak tak terundur masa mula gerak di bukit.

​Dengan harga jualan bermula RM128,800, Foton Aumark S Euro 5 AMT ni memang satu pelaburan yang bijak.

​Paling steady, Angka-Tan Motor memberikan jaminan 6-tahun atau 300,000km. Ini antara jaminan terbaik dalam industri, jadi korang boleh buat kerja dengan tenang tanpa perlu risau kalau ada apa-apa masalah.

​Membeli trak ni bukan setakat ambil kunci saja. Anda akan dapat sokongan dari rangkaian servis Tan Chong Group yang luas di seluruh Malaysia. Ada servis 24-hour Res-Q untuk kecemasan dan juga program TC Trust untuk pengurusan penyelenggaraan armada korang dengan lebih mudah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *