Oleh: Zaim Zainal
Kalau sebut pasal MPV mewah di Malaysia, otak kita automatik petik nama “Peti Sejuk” dari Jepun tu, kan? Tapi tahun 2026 ni, status quo tu nampaknya dah mula goyang. GWM Malaysia baru saja melepaskan “raksasa” baru mereka WEY G9.
Saya baru saja selesai pandu uji MPV PHEV (Plug-in Hybrid) ni, dan jujur cakap, ini bukan MPV mak-mak pergi pasar atau sekadar hantar anak pergi sekolah. Ini adalah sebuah “Private Jet” atas jalan raya yang ada jiwa kereta sport!

Dari jauh, WEY G9 ni memang ada presence. Gril depan dia besar, dominan, dan nampak jauh lebih moden daripada pesaingnya. Dengan rekaan lampu LED yang tajam, G9 ni nampak mahal. Walaupun dia MPV, stance dia nampak tegap, apatah lagi kalau korang gatal tangan pergi tukar rim sukan nanti, memang bertambah “garang”. Idea ni cepat jer terlintas dalam fikiran saya sepanjang perjalan pandu uji ke Kuantan ni.
WEY G9 ini dibekalkan dengan teknologi Hi4 (Hybrid Intelligent 4WD). Gabungan enjin 1.5L Turbo dengan dua motor elektrik ni menghasilkan:
- Kuasa: 442 PS
- Tork: 642 Nm
Masa saya tekan pedal floor-to-floor, badan saya melekat kat kerusi bro! Untuk sebuah MPV yang beratnya lebih 2 tan, pecutan 5.7 saat ke 100km/j tu memang tak masuk akal. Nak memotong lori kat lebuh raya? Petik jari je. WEY G9 ini juga turut memiliki Intelligent Torque Vectoring (iTVC), sudah pasti menganbil selekoh bertambah lincah.

Sistem ni agihkan tork antara tayar depan dan belakang secara real-time. Masa saya bawa masuk selekoh di jalan berbukit, body roll dia sangat terkawal. Center of gravity dia rendah sebab bateri duduk kat lantai bawah, jadi kereta ni rasa sangat “planted” dan stabil. Tapikan, kalau lah WEY G9 ni hadir dengan pilihan suspensi yang boleh dipilih larasannya mengikut mood pemanduankan, saya rasa mesti lagi “padu”.

Masuk dalam kabin, korang akan lupa kejap yang korang tengah duduk dalam kereta.
• Zero Gravity Seats: Kerusi baris kedua dia memang juara. Siap ada fungsi urut 10-titik yang betul-betul rasa, bukan sekadar getar-getar manja.

• Kabin Senyap Gila: Dengan kaca akustik berlapis dan Active Noise Cancellation, bunyi tayar atau angin luar memang susah nak tembus.

• Peti Sejuk 12.5L: Bukan sekadar kotak simpanan, tapi peti sejuk betul yang boleh simpan suhu dari -6°C hingga 50°C.


Dengan bateri 44.2 kWh, korang boleh pandu dalam mod elektrik sepenuhnya (EV Mode) sejauh 170 km (NEDC). Kalau gabungkan dengan tangki minyak penuh, jarak gerak dia boleh cecah 1,000 km! Balik kampung dari KL ke Pantai timur, lepas tu pusing-pusing cari tempat makan menarik pun belum tentu kena singgah stesen minyak.

Dengan harga bawah RM270k dan status CKD (Pemasangan Tempatan), WEY G9 bukan saja tawarkan kemewahan, tapi juga teknologi pemanduan yang jauh melampaui MPV tradisional.
Kalau korang cari MPV yang selesa untuk keluarga tapi dalam masa yang sama ada “power” bila korang sorang-sorang atas highway, WEY G9 adalah jawapannya.
