Bertempat di Route 77 Harley-Davidson Kuala Lumpur, Harley-Davidson Malaysia telah memperkenalkan koleksi motosikal 2026 menerusi kategori Grand American Touring, Cruiser dan Custom Vehicle Operation (CVO). Antara model utama yang menjadi perhatian ialah Street Glide Limited, Road Glide Limited serta model-model CVO baharu dengan harga bermula dari RM112,000.

Pelanggan serta peminat motosikal Harley-Davidson boleh melihat sendiri barisan model baharu ini di semua pengedar sah Harley-Davidson menerusi kempen National Dealer Open House di seluruh Malaysia. Juga turut disediakan sesi tunggang uji serta pilihan kustomisasi, aksesori dan apparel terkini Harley-Davidson.

Model baharu Street Glide Limited dan Road Glide Limited direka untuk tunggangan jarak jauh dengan gabungan kemewahan, keselesaan dan prestasi tinggi. Kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin Milwaukee-Eight VVT 117 serta dilengkapi sistem audio Harley-Davidson serta hadir bersama sistem Rockford Fosgate, Skyline OS dengan navigasi tersedia dan paparan skrin sentuh berwarna.

Dalam kategori Cruiser, Harley-Davidson menampilkan model seperti Low Rider S, Low Rider ST, Heritage Classic, Breakout, Fat Boy dan Street Bob. Setiap model hadir dengan gaya tersendiri, sistem keselamatan Rider Safety Enhancements dan talaan enjin Milwaukee-Eight 117 mengikut karakter motosikal tersendiri.

Bagi model premium CVO 2026, Harley-Davidson memperkenalkan motosikal eksklusif edisi terhad yang menampilkan gabungan prestasi, teknologi dan rekaan terbaik Harley-Davidson. Antara model yang diperkenalkan ialah CVO Street Glide ST  dan CVO Road Glide ST.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *