Bila bercakap tentang kenderaan elektrik atau hibrid (PHEV), satu kerisauan yang sering bermain di minda pemandu Malaysia ialah: “Adakah baterinya selamat? Macam mana kalau terbakar?”. Bagi menjawab persoalan tersebut secara live, Chery Malaysia baru-baru ini telah mengadakan satu demonstrasi yang agak ekstrem di Maeps,Serdang.

Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid. Bukannya dalam makmal tertutup, tapi mereka buat ujian api secara terbuka depan lebih 100 saksi termasuk media dan pihak kerajaan. 
​Dalam ujian ini, bateri yang digunakan pada model Chery TIGGO 7 PHEV dan Chery TIGGO 8 PHEV telah “dipanggang” dalam ujian kebakaran bersuhu tinggi. ​Bateri tersebut didedahkan terus kepada api menjulang selama 1 minit 20 saat. Keputusannya? 


​Tiada letupan: Bateri kekal stabil sepanjang pendedahan haba ekstrem. 


​Tiada kebocoran elektrik: Sistem keselamatan berjaya menghalang kegagalan elektrik. 


​Struktur kekal: Tiada deformasi atau perubahan bentuk yang tidak terkawal pada pek bateri. 


​Menurut Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo, ujian terbuka sebegini penting untuk membina keyakinan orang ramai terhadap standard keselamatan tinggi yang mereka tetapkan. 
​Bukan Sekadar Ujian Api, Tapi “Ujian Siksaan” Global.


​Malaysia hanyalah salah satu lokasi dalam siri ujian global Chery. Sebelum sampai ke sini, bateri mereka dah “kena dera” di pelbagai negara dengan senario yang lagi gila: 

NegaraJenis Ujian “Gila”
IndonesiaDirendam dalam air laut selama 53 jam.
EcuadorPek bateri ditembak 6 das tembakan untuk uji integriti struktur.
Qatar & KuwaitDirendam air laut suhu 60°C dan ditanam dalam pasir gurun yang terik.
MexicoUjian geseran bawah kenderaan (battery scraping test).
ChinaUjian perlanggaran hadapan dan guling spiral.

Selain ketahanan fizikal, Chery TIGGO 7 PHEV juga sebenarnya pemegang rekod skor tertinggi sepanjang masa dalam ASEAN NCAP dengan penarafan 5-Bintang (skor 94.68).

​Bagi anda yang risau pasal kos penyelenggaraan jangka panjang, Chery Malaysia nampaknya cukup yakin dengan kualiti produk mereka. Mereka menawarkan jaminan bateri sehingga 10 tahun atau 200,000 kilometer. Jaminan ini bukan sahaja untuk pek bateri, malah merangkumi motor pemacu dan unit kawalan kenderaan (VCU).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *