Sudah lebih dari dua minggu sejak saya bertukar kepada bateri Sodium-ion dari Aeson Power. Jika dalam penulisan sebelum ini saya lebih fokus kepada perbezaan berat dan teknologi “tanpa air”, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman yang lebih teknikal,terutamanya dari segi ketahanan simpanan kuasa.

​Satu perkara yang berlaku di luar jangkaan, kereta saya terpaksa “direhatkan” di bengkel selama lebih daripada 14 hari untuk proses baik pulih komponen lain. Namun, situasi ini sebenarnya menjadi satu ujian real-world yang sangat menarik untuk melihat sejauh mana bateri kereta Aeson Power ini mampu bertahan.

Ketahanan Simpanan Kuasa (Low Self-Discharge)

​Masalah utama bateri asid plumbum (lead-acid) konvensional ialah ia mudah kehilangan cas jika kereta tidak dihidupkan dalam tempoh yang lama. Tetapi dengan teknologi Sodium-ion, kadar self-discharge adalah sangat rendah.

– Ujian Cold Start: Selepas 14 hari tersadai, saya mencuba untuk menghidupkan enjin. Keputusannya? Sekali crank terus hidup! Tiada bunyi starter yang “lemah” atau sangkut-sangkut.

– ​Voltan Stabil: Walaupun tanpa bantuan sistem pengecasan (alternator) selama dua minggu lebih, voltan bateri kekal konsisten. Ini membuktikan pengurusan tenaga dalam sel Sodium-ion Aeson Power memang jauh lebih efisien.

Kelebihan Teknologi Sodium-Ion Dalam Cuaca Panas

​Malaysia terkenal dengan cuaca bahang, dan ruang enjin (engine bay) boleh mencecah suhu yang sangat tinggi. Kebanyakan bateri cepat “kong” disebabkan haba yang merosakkan sel dalaman. Sepanjang kereta berada di bengkel yang agak tertutup dan panas, bateri Aeson Power ini menunjukkan kestabilan suhu yang sangat baik. Tiada isu wap asid tercipta atau bau yang kurang menyenangkan, menjadikannya pilihan yang lebih selamat untuk jangka masa panjang.

​Mengapa Mekanik Dan Pemilik Kereta Perlu Tahu?

​Selain faktor beratnya yang hanya sekitar 6.5kg (untuk saiz DIN 75), iaitu lebih 60% lebih ringan daripada bateri biasa prestasi elektrikal yang stabil memberikan impak kepada komponen elektronik lain:

– ​Sistem Audio: Arus yang lebih bersih dan stabil menjadikan kualiti bunyi lebih mantap.

– ​Lampu Kenderaan: Cahaya lampu utama (headlamp) kelihatan lebih konsisten tanpa gangguan voltan.

– ​Respons Enjin: Sistem nyalaan (ignition) mendapat bekalan kuasa yang cukup setiap masa.

​Kesimpulan Setakat Ini

​Meskipun saya belum sempat melakukan perjalanan jauh, namun ujian “statik” selama dua minggu lebih ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Aeson Power bukan sekadar bateri yang ringan, tetapi sebuah inovasi yang boleh dipercayai (reliable).

​Jika anda mencari bateri kereta tahan lama dan bebas penyelenggaraan (maintenance-free) yang sebenar, teknologi Sodium-ion ini adalah masa depan automotif di Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *