Penantian peminat SUV kompak di Malaysia akhirnya berakhir! Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi telah melancarkan model yang paling ditunggu-tunggu tahun ini, Mitsubishi Xforce. Dengan rekaan yang cukup moden dan futuristik, Xforce bukan sekadar SUV biasa, tapi ia dibina khas untuk gaya hidup urban yang mahukan keselesaan tanpa mengetepikan prestasi.

Sejak tempahan dibuka pada Februari lalu, sebanyak 2,600 tempahan telah diterima, membuktikan rakyat Malaysia memang ‘dahagakan’ SUV yang versatil seperti ini.
Mitsubishi Xforce ditawarkan dalam dua varian utama untuk pasaran Malaysia:
- Varian Urban: RM109,980
- Varian Ultimate: RM119,980 (Harga atas jalan tanpa insurans)
Berita baik untuk pembeli awal! MMM mengumumkan bahawa semua 2,600 pelanggan pertama layak menerima promosi Early Bird. Malah, promosi ini turut dilanjutkan sehingga 12 April (Ahad) bagi tempahan baru.

Antara kelebihan yang anda bakal dapat:
- Rebat tunai RM5,000.
- Percuma upah servis 3 kali (menjadikan kos penyelenggaraan 5 tahun hanya RM3,900!).
- Peluang sertai peraduan “Buy 1 Free 1” Xforce.
- Program Kesetiaan: Tambahan rebat tunai RM1,000 untuk pemilik sedia ada Mitsubishi dan keluarga terdekat.

Xforce bukan sekadar rupa paras yang kacak, tapi ia sarat dengan ciri first-in-class dan teknologi terkini:
- Mod Pemanduan Untuk Jalan Malaysia: Dilengkapi dengan 4 mod pemanduan — Normal, Wet, Gravel, dan Mud. Mod Wet sangat berguna untuk cuaca hujan lebat di Malaysia bagi pemanduan yang lebih stabil.
- Audio Yamaha Premium: Sistem bunyi Dynamic Sound Yamaha Premium dengan 8 pembesar suara yang ditala khas untuk ruang kabin Xforce.
- Keselesaan Luar Biasa: Ruang dalaman yang luas dengan kerusi belakang yang boleh dilaraskan (8-step reclining).
- Teknologi nanoe™ X: Udara dalam kabin sentiasa bersih dan segar terima kasih kepada sistem penulenan udara nanoe™ X.
- Keselamatan ADAS: Dilengkapi dengan Mitsubishi Motors Safety Sensing yang merangkumi Adaptive Cruise Control (ACC), Blind Spot Warning, dan banyak lagi.

Dengan jarak kelegaan tanah setinggi 222mm, Xforce sangat yakin untuk melalui jalan berlopak atau banjir kilat di bandar. Selain itu, ciri Power Tailgate dengan Kick Motion memudahkan anda membuka but belakang walaupun tangan penuh dengan barang barangan.
Bagi yang suka personaliti lebih, terdapat tiga pakej aksesori ditawarkan: Excitement (RM4,100), Fashion Roof Rail (RM2,200), dan Practical (RM700).
