
Perodua hari ini melakar sejarah automotif negara dengan memperkenalkan QV-E, model kenderaan elektrik (EV) pertama yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia. Dilancarkan pada harga RM80,000 (tidak termasuk bateri dan insurans), QV-E bukan sekadar sebuah model baharu, ia adalah simbol kesungguhan Perodua untuk memulakan era EV mampu milik di Malaysia.

Model ini dibangunkan dengan kos pelaburan sebanyak RM800 juta, dan diproduksi di kilang terbaharu mereka, Smart Mobility Plant, yang menjadi pusat inovasi EV Perodua untuk masa depan. Dari R&D hingga ke produksi adalah usaha kerjasama tempatan yang serius. Menurut Presiden & CEO Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, QV-E adalah hasil kerja keras pasukan pembangunan tempatan:>
“QV-E ini membuktikan keupayaan rakyat Malaysia dalam mencipta sesuatu yang unik — daripada reka bentuk sehinggalah ke aspek kejuruteraan.”

Perodua kini berupaya menghasilkan 500 unit sebulan, tetapi angka ini akan ditingkatkan kepada 3,000 unit sebulan menjelang suku ketiga 2026. Satu lonjakan besar bagi memastikan bekalan stabil untuk pasaran.
Spesifikasi teknikal bateri LFP & jarak sehingga 445 km (NEDC). QV-E menggunakan jenis bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) yang memiliki kapasiti: 52.5 kW. Bergantung kepada gaya pemanduan, suhu, beban dan keadaan jalan raya.

Teknologi LFP dipilih kerana ia lebih tahan lasak, lebih selamat serta mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding bateri NMC yang biasa digunakan pada EV lebih mahal. Perodua QV-E kini memiliki ciri keselamatan menonjol seperti Child Presence Detection. Ini merupakan antara ciri paling menarik pada QV-E ialah sistem Child Presence Detection (CPD), yang mampu mengesan pergerakan halus kanak-kanak serta membezakan tanda vital seperti bunyi nafas serta mengesan anak kecil atau haiwan peliharaan.
Sistem keselamatan ini memberi amaran kepada pemandu jika ada yang tertinggal. Ia tetap berfungsi walaupun penumpang dilitupi selimutIni menjadikan ciri keselamatan tahap premium, tetapi kini ditawarkan dalam EV kompak pada harga rakyat. Di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Perodua dilantik sebagai peneraju pengeluar automotif tempatan untuk membangunkan ekosistem EV negara.

Dalam usaha itu terdapat 52 vendor tempatan sudah pun terlibat dalam penghasilan komponen QV-E. Sasaran meningkat kepada 70 vendor menjelang 2030 dan pengunaan komponen tempatan dijangka mencecah 50% (2026) dan 70% (2030). Dengan sokongan MITI dan agensi kerajaan, Perodua berjaya menyiapkan pembangunan EV ini dalam tempoh 28 bulan sahaja.
Battery as a Service (BaaS): bateri bukan lagi masalah kepada pengguna di mana, Perodua memperkenalkan sistem Battery as a Service, iaitu bateri dijual secara berasingan, dan pelanggan hanya membayar caj pajakan (rental). Kelebihan padan pakej ini tiada risiko ketahanan bateri jangka panjang dan menawarkan jaminan bateri sepanjang hayat. Ini menjadikan kos pemilikan lebih rendah serta memudahkan pengguna untuk menukar bateri pada masa depan jika perlu.Ini adalah langkah berani kerana ia menyelesaikan kebimbangan paling besar pengguna EV dimana ‘bateri mahal nak tukar apabila telah sampai pada tahap SoH’.

Sasaran pengguna untuk Perodua QV-E ini adalah kereta kedua, urban commuter & gaya hidup moden. QV-E ditawarkan kepada keluarga yang perlukan kereta kedua.Dimana pengguna bandar yang mahu kenderaan jimat dan senyap dan golongan muda yang ingin EV pertama. Selain itu mereka yang mahukan kereta kecil untuk kegunaan harian atau santai.
Perodua QV-E ditawarkan dengan dua warna pilihan Ice Blue dan Caviar Grey, dengan jualan hanya melalui cawangan Perodua terpilih.