Sempena ulang tahun ketiga di Malaysia, Great Wall Motor (GWM) Malaysia menganjurkan “The Great Wash for Malaysia”, satu inisiatif komuniti yang berlangsung dari 28 hingga 30 November 2025, bertempat di Carpark 3, Plaza Arkadia, Desa ParkCity. Program ini dijalankan dari 10 pagi hingga 10 malam, menawarkan 100 cucian kereta percuma setiap hari dan pelbagai aktiviti tambahan untuk semua pengunjung.

Menariknya, acara ini turut menampilkan Touch ’n Go Sdn. Bhd. sebagai rakan rasmi, dengan penyediaan RFID Tag percuma beserta pemasangan di lokasi sepanjang tiga hari acara. Menurut Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia, acara ini merupakan simbol penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong jenama tersebut sejak 2022.

“Mencuci kereta mungkin nampak kecil, tetapi ia melambangkan hubungan rakyat Malaysia dengan kenderaan mereka—penuh kenangan dan nilai tersendiri. Begitu juga dengan GWM, ia mencerminkan penjagaan yang kami berikan kepada setiap model dan pengalaman pelanggan.”

Konsep acara ini sengaja dibuat ringkas dan mudah dimana tanpa aktiviti kompleks, tanpa formaliti berlebihan. Fokus utamanya ialah care, connection, dan akses yang mudah untuk semua pemandu, selari dengan falsafah GWM:
All Scenarios · All Powertrains · All Users. Acara ini terbuka kepada semua pemilik kereta, tanpa mengira jenama, serta mendapat kerjasama dengan Touch ’n Go – RFID & produk eksklusif

  • RFID Tag percuma
  • Pemasangan terus di lokasi
  • Touch ’n Go Charms dan Special Design Cards pada harga diskaun eksklusif

Menurut Roslan Abdullah, COO GWM Malaysia, kerjasama ini menambah nilai untuk semua pemandu dengan menawarkan akses mobiliti yang lebih mudah dan moden. CEO Touch ’n Go, Praba Sangarajoo, berkata mereka komited untuk memberikan pengalaman mobiliti yang lebih lancar dan terhubung kepada pengguna.

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada 2022, GWM telah memperkenalkan barisan model yang semakin pelbagai, termasuk:

  • HAVAL H6 HEV
  • TANK 300
  • TANK 500
  • ORA 07
  • ORA Good Cat

GWM turut mengumumkan teknologi Hi4 intelligent hybrid system, yang bakal hadir dalam model seperti WEY G9, menandakan langkah seterusnya dalam pengembangan teknologi dan penawaran untuk pasaran tempatan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *