Arena SUV elektrik (EV) Malaysia kini digegar dengan kehadiran seorang pemain baharu yang berani tampil lain dari yang lain. iCAUR Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan iCAUR V23, model kedua jenama tersebut yang bersedia untuk memeriahkan pasaran Segmen C.

iCAUR V23 menjadi SUV Lasak Elektrik Sepenuhnya yang Pertama di Malaysia! Ya, betul, ini bukan EV bandar biasa. iCAUR V23 direka untuk kemampuan redah laluan mencabar dan menggabungkan teknologi EV canggih dengan DNA 4×4 klasik yang rugged.
Rupa Kotak Yang ‘Berotot’ & Memang Sedia Off-Road seperti melupakan rekaan aerodinamik yang licin. V23 tampil dengan stail retro moden yang ‘sekotak’ dan macho, membangkitkan nostalgia ikon-ikon 4×4 lagenda. Memiliki dimensi gagah seperti Panjang 4,220 mm, Lebar 1,915 mm, dan Tinggi 1,845 mm. Jarak gandar 2,735 mm menjanjikan ruang kabin yang selesa.

iCAUR V23 memiliki keupayaan sejati dengan unjuran depan-belakang yang pendek, V23 mampu mencapai Sudut Tuju 42 darjah dan Sudut Berlepas 41 darjah! Tahap kecerunan? Boleh naik sehingga 40%!. Jarak Lepas Permukaan (Ground Clearance): 210 mm! Sama taraf dengan SUV 4×4 tulen dan trak pikap. Dengan memiliki jarak lepas permukaan yang menarik, iCAUR V23 mampu harung air sehingga 600 mm! Memang tak gentar banjir kilat atau sungai cetek.
Gaya Luaran hadir bersama lampu utama dan belakang LED, step sisi yang kukuh sebagai standard, dan rim 19 inci (2WD) atau 21 inci yang lebih garang (iWD). iCAUR V23 hadir bersama dua pilihan rangkaian kuasa seperti 2WD & iWD (Intelligent All-Wheel Drive)iCAUR menawarkan V23 dalam dua konfigurasi untuk memenuhi keperluan pemanduan yang berbeza

Versi iWD dengan pacuan semua roda pintar pastinya pilihan para enthusiast yang mahukan cengkaman padu dan kuasa yang lebih menggigit untuk aktiviti outdoor mereka.Sudut keselamatan, teknologi & kabin modenWalaupun luaran nampak old-school, dalaman V23 dipenuhi teknologi terkini. Struktur rangka dibina dengan 70% keluli berkekuatan tinggi, menjanjikan ketegaran dan keselamatan maksimum.
Dilengkapi ciri ADAS Aras 2 yang menyeluruh, termasuk AEB, ACC, BSD, dan banyak lagi, disokong oleh radar gelombang milimeter. Ruang kabin digital dengan skrin sentuh HD Quad 15.4-inci yang dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155, menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. Kemudahan: Kamera AVM 540-darjah, butang konsol tengah gaya retro untuk kawalan fungsi penting (termasuk pemilihan mod pacuan).

Ruang but 234L, boleh diperluas hingga 744L dengan kerusi belakang lipat 50/50. Harga & pakej pembeli awal yang iCAUR V23 dilancarkan dengan harga yang sangat kompetitif:
iCAUR V23 2WD: RM119,800
iCAUR V23 iWD: RM132,800
(Harga di atas adalah harga atas jalan, tanpa insurans.)Pakej Pembeli Awal (Eksklusif 1,000 pendaftaran pertama) seperti :
Pengecas Rumah Wallbox 7kW PERCUMA (Bernilai RM3,400)Unit Kluster Instrumen Sokongan 6.86-inci
Waranti Lanjutan: Bateri, motor & unit kawalan kuasa dilindungi sehingga 10 tahun atau 200,000 km!

Penghantaran unit akan bermula serta-merta, jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara 1,000 pemilik terawal yang menikmati tawaran hebat ini iCAUR V23 bukan sekadar EV, ia adalah revolusi dalam segmen SUV lasak. Ia membuktikan bahawa kuasa elektrik dan keupayaan off-road boleh wujud seiring.