Chery Tiggo Cross 2025 rasmi dilancarkan di Malaysia dengan menawarkan dua varian. SUV Segmen B dari China ini tampil penuh gaya, teknologi dan prestasi. Diperkenalkan dengan dua varian dengan satu matlamat, iaitu untuk menguasai jalan raya.
Dua varian yang diperkenalkan adalah
1.5 Turbo – RM88,800
1.5 Hybrid CSH – RM99,800 (Untuk 2000 pelanggan pertama sehingga 30 Sept 2025)
Kedua-duanya membawa reka bentuk moden, teknologi terkini dan ciri keselamatan pintar yang mampu menyaingi SUV Jepun dan Korea.

Dari segi diimensi dan rekaan, Chery Tiggo Cross ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dimana ia sangat sesuai untuk gaya hidup urban.
Panjang: 4,318 mm
Lebar: 1,830 mm
Tinggi: 1,670 mm
Jarak roda: 2,610 mm
Ruang kargo: 380L (350L untuk HEV)
Untuk penetapan roda aloi juga memiliki perbezaan untuk varian turbo dan juga Hybrid, dimana untuk varian turbo hadir dengan roda aloi 18 inci dan manakala varian Hybrid hadir dengan roda aloi berukuran 17 inci.

Chery Tiggo Cross ini didatangkan dengan enjin1.5T Turbo yang berkeupayaan menghasilkan kuasa147 PS / 210 Nm dan dilengkapi dengan transmisi DCT 6-kelajuan. Kadar kecekapan bahan api untuk varian turbo ini sekitar 6.3L / 100 km. Manakala untuk varian 1.5 Hybrid CSH ini pula dilengkapi dengan enjin 1.5L NA + Motor elektrik dengan gabungan punca keluar sekitar 204 PS / 310 Nm. Untuk varian 1.5 Hybrid CSH ini menggunakan kotak gear jenis DHT Hibrid. Chery Tiggo Cross Hybrid ini mampu memecut 0-100km/j dalam tempoh 8.9 saat. Kadar kecekapan bahan bakar untuk model ini serendah 5.4L / 100km

Dari segi pengendalian Chery Tiggo Cross ini menggunakan Suspensi: MacPherson (depan) + Torsion Beam (belakang) dan menggunakan brek cekera berliang (hadapan) dan brek cekera solid (belakang)
Suv kompak segmen B Chery ini hadir dengan gaya luaran yang menawan dan memiliki ciri standart yang termasuk :
- Lampu LED penuh + DRL
- Spoiler bumbung sporty
- Rel bumbung praktikal
- Fungsi Follow Me Home & lampu automatik

Sudut ruang dalaman yang canggih serta mewah seperti turut dilengkapkan pada Chery Tiggo Cross ini seperti :
- Skrin berkembar 10.25 inci (Apple CarPlay & Android Auto)
- Kamera 540-darjah (ya, lebih dari 360!)
- Tempat duduk larasan 6 arah + sokongan lumbar
- Pengecas tanpa wayar 15W
- Sistem pencahayaan ambien
- Kawalan iklim dua zon
- Kemasukan tanpa kunci & bantuan hidupkan enjin dari jauh
Dari segi teknologi keselamatan yang hadir pada Chery Tiggo Cross ini sedikit berbeza mengikut varian seperti
1.5 Turbo hadir dengan
- 6 beg udara
- ESP, HAC, EBA, TCS, TPMS
Sistem ADAS:
- Lane Departure Warning (LDW)
- Blind Spot Detection (BSD)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Lane Departure Prevention (LDP)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Autonomous Emergency Braking (AEB)
Dan untuk versi CSH hybrid pula ditambah dengan ciri tambahan seperti
- 7 beg udara
- Door Opening Warning (DOW)
- Rear Collision Warning (RCW)
- Rear Cross Traffic Braking (RCTB)
- Lane Change Assist (LCA)
- Multi Collision Brake (MCB)
- Traffic Jam Assist (TJA)
- Integrated Cruise Control (ICC)
- Intelligent Speed Assist (ISA)
Chery Tiggo Cross bukan sekadar SUV bajet. Iya tampil dengan rupa moden, teknologi yang berbaloi dan pakej keselamatan yang sangat kompetitif. Dan untuk varian CSH Hybrid ditawarkan dengan 204PS, Itu sudah masuk kategori SUV urban sporty yang seronok dipandu.
