Lamborghini Kuala Lumpur secara rasmi memperkenalkan Lamborghini Temerario, model kedua dalam barisan High Performance Electrified Vehicle (HPEV) selepas Revuelto, sekali gus melengkapkan penawaran kenderaan hibrid penuh dari jenama ikonik Itali ini.

Menampilkan gabungan teknologi elektrifikasi dan prestasi tinggi, Temerario direka untuk menawan litar dan jalan raya, dengan pengalaman pemanduan luar biasa yang tetap mengekalkan DNA Lamborghini.

Temerario hadir dengan sistem janaan kuasa baharu sepenuhnya yang merupakan enjin V8 twin-turbo 4.0-liter yang dipadankan bersama tiga motor elektrik, menjana kuasa gabungan sehingga 920 CV. Enjin ini dibangunkan dari kosong di Sant’Agata Bolognese dan mampu mencapai sehingga 10,000 rpm, menjadikannya antara enjin paling berkuasa dalam segmennya.

Pecutan dari 0-100 km/j hanya memerlukan 2.7 saat, manakala kelajuan maksimum dicatat pada 343 km/j. Motor elektrik turut bertindak sebagai “torque gap filler”, memastikan penghantaran kuasa yang konsisten dan responsif dalam semua keadaan.

Dari luar, Temerario menampilkan garisan tajam, overhang yang padat serta bentuk badan aerodinamik yang menyatu dengan elemen ikonik seperti lampu siang (DRL) heksagon, salur udara sisi dan paip ekzos enam segi. Direka oleh Lamborghini Centro Stile, model ini membawa bahasa rekaan yang lebih bersih dan berani selari dengan era elektrifikasi.

Kabin pula diinspirasikan daripada kokpit kapal terbang dengan pendekatan “Feel Like a Pilot”. Material premium seperti kulit, karbon fiber dan Corsatex microfiber digunakan menyeluruh, manakala reka bentuk konsol tengah dan paparan digital memberikan kawalan intuitif kepada pemandu.

Casis aluminium baharu meningkatkan kekakuan torsi dan menawarkan lebih ruang kabin dan ruang kepala ditambah 34 mm, ruang kaki 46 mm, dan penglihatan luar lebih baik. Temerario juga menawarkan ruang simpanan hadapan 112 liter, cukup untuk dua beg kabin serta ruang tambahan di belakang tempat duduk.

Terdapat pilihan 13 Mod Pemanduan & Kawalan Dinamik seperti; Città, Strada, Sport, Corsa, Corsa Plus (ESC off) dan Mod elektrifikasi: Recharge, Hybrid, Performance dan yang paling mengujakan pemandu adalah Butang Launch Control untuk pecutan maksimum dari posisi statik

Semuanya dikawal menerusi dua pemutar khas pada stereng, dengan paparan animasi di skrin 12.3 inci yang memaparkan mod terkini secara interaktif.

Setiap bahagian badan Temerario direka untuk menjana aliran udara terbaik. Hasilnya, downforce belakang meningkat 103% berbanding Huracán EVO, dan sehingga 158% dengan pakej ‘Alleggerita’. Pakej ini juga menurunkan berat sebanyak 25 kg melalui penggunaan rim karbon dan komponen ringan, menjadikan ia lebih efisien di litar.

Bridgestone, sebagai rakan rasmi tayar Lamborghini, membekalkan model tayar tersuai Potenza Sport dan Potenza Race untuk Temerario yang direka khusus untuk prestasi puncak di jalan dan trek.

Temerario diperkenalkan dalam dua warna eksklusif seperti Blu Marinus dan Verde Mercurius. Melalui program Ad Personam, pelanggan boleh memilih lebih 400 warna luaran, pelbagai rekaan rim, serta kemasan dalaman khas untuk menjadikan Temerario benar-benar unik.

Harga & Tempahan di Malaysia Temerario kini dibuka untuk tempahan melalui Lamborghini Kuala Lumpur, dengan harga bermula RM1.35 juta (tidak termasuk cukai dan opsyen personalisasi).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *