Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan dua model terkini dalam keluarga Golf seperti Golf R-Line dan juga Golf GTI baharu. Untuk model baharu ini hadir dengan reka bentuk lebih moden, teknologi pintar, dan prestasi yang dipertingkat.

Ditawarkan dalam Dua Varian seperti varian R-Line & varian GTI. Akan tetapi untuk Varian Golf R-Line hanya untuk pratonton sahaja. Golf GTI pula sudah mula dijual pada harga bermula RM242,990 termasuk Volkswagen Assurance Package (VAP). Tawaran istimewa harga eksklusif untuk 50 unit pertama dengan pendaftaran sebelum 31 Disember 2025.

Kedua-dua model ini dipasang di kilang Volkswagen, Pekan. Reka bentuk luar kini tampil lebih aerodinamik dan ekspresif, dengan bampar hadapan baharu serta logo Volkswagen berlampu untuk kali pertama diperkenalkan di Malaysia. Varian GTI turut hadir dengan lampu utama IQ.LIGHT LED Matrix dan lampu belakang 3D LED dengan animasi isyarat membelok.

Bahagian dalaman memberi fokus kepada keselesaan dan kemudahan kawalan seperti :-

  • Skrin infotainmen 12.9” (sistem MIB4 baharu).
  • Paparan Digital Cockpit Pro 10”.
  • Kawalan suara IDA, pengecas tanpa wayar, dan sambungan Apple CarPlay / Android Auto.
  • Stereng sport kulit dengan paddle shifter dan fungsi pemanas.
  • Penyaman udara automatik 3 zon Air Care Climatronic dengan penapis alergen.
  • Ciri Keselamatan IQ.DRIVE

Dari sudut bantuan keselamatan, Golf baharu ini dilengkapi teknologi keselamatan terkini termasuk:

  • Front Assist dengan pengesanan pejalan kaki.
  • Travel Assist dan Adaptive Cruise Control (ACC).
  • Lane Assist, Side Assist, Rear Traffic Alert, serta Driver Attention Detection.

Untuk varian Golf R-Line,menampilkan bampar dan gril R-Line, side skirt sporty serta rim 17” Coventry. Di bahagian dalam, terdapat kemasan Carbon Grey, pedal keluli tahan karat dan tempat duduk fabrik Artvelours.

Dikuasakan oleh enjin 1.5 eTSI turbo mild-hybrid (150PS/250Nm) dengan transmisi DSG 7-kelajuan, ia memecut 0–100 km/j dalam 8.6s dan penggunaan bahan api sekitar 5.2L/100km.

Model GTI masih lagi mengekalkan DNA klasik Volkswagen dengan penampilan rekaan bampar sarang lebah, ekzos berkembar, serta rim 18” Richmond. Bahagian dalam tampil premium dengan kerusi kulit Vienna dan kemasan Black Metal Chrome.

Kuasa datang daripada enjin 2.0 TSI turbocharged (265PS) dengan DSG 7-kelajuan.
Turut dilengkapi Head-Up Display dan sistem audio Harman Kardon 480W (9 pembesar suara + subwoofer).

Kini terdapat warna baru yang ditawarkan dan menjadikan jumlah pilihan warna sebanyak lima warna: Oryx White, Moonstone Grey, Grenadilla Black, Kings Red, dan Anemone Blue.

Kedua-dua model dilengkapi Volkswagen Assurance Package (VAP):

  • 5 tahun penyelenggaraan percuma
  • 5 tahun jaminan tanpa had perbatuan
  • 5 tahun bantuan tepi jalan percuma

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *