Great Wall Motor Malaysia (GWM Malaysia) hari ini mengumumkan ketibaan model elektrik (EV) terbaharunya yang lebih berkarakter sporti iaitu Ora Good Cat GT.Model ini ditawarkan pada harga bermula RM119,800, menjadikannya varian tertinggi dalam barisan Ora Good Cat di pasaran Malaysia.

Dimensi Lebih Lebar dan Panjang berbanding varian Ora Good Cat Ultra, model GT tampil 19 mm lebih panjang (4,254 mm) dan 23 mm lebih lebar (1,848 mm).Ketinggian, jarak roda, serta kelegaan tanah kekal pada 135 mm dimana cukup praktikal untuk kegunaan harian. Dari sudut prestasi dipertingkat, Ora Good Cat GT menempatkan motor elektrik tunggal dengan output 171 PS dan 250 Nm, iaitu peningkatan +28 PS dan +40 Nm berbanding varian Ultra.Namun, kelajuan maksimum dihadkan pada 150 km/j, bagi mengekalkan keseimbangan prestasi dan kecekapan.Pemandu boleh memilih enam mod pemanduan: Normal, Sport, ECO, ECO+, Auto dan Individual.

Bateri & Pengecasan Ora Good Cat GT berkongsi bateri LFP 57.7 kWh yang sama dengan varian Ultra, menawarkan jarak pemanduan sehingga 460 km (WLTP).Untuk pengecasan:AC 6.6 kW dan berkebolehan mengecas penuh dalam 9 jamDC 60 kW (pantas) dimana 30% ke 80% dalam 38 minit. Selain itu turut memiliki sokongan Vehicle-to-Load (V2L) 3.3 kW membolehkan ia digunakan sebagai sumber kuasa luaran.

Rekaan luar lebih garang dan memiliki ciri utama yang membezakan varian GT ialah gaya luaran yang lebih berani dan agresif. Antara elemen eksklusif termasuk Bampar depan & belakang rekaan sport dan angkup brek kuning serta rim aloi hitam 18 inci dengan trim kuning. Pintu belakang kuasa bebas tangan dan mempunyai aksen kuning pada bampar & cermin sisi. Secara keseluruhan, GT tampil lebih menonjol dengan identiti “urban sport EV”. Bahagian dalaman juga menerima sentuhan sporti dengan kombinasi warna hitam & kuning, dengan tempat duduk sporti hadapan yang mempunyai fungsi urut dan pengudaraan, serta kemasan kulit suede. Ciri standard lain termasuk seperti paparan digital 7 inci skrin infotainmen 10.25 inci (Apple CarPlay & Android Auto). Pengecas tanpa wayar 50W dan sistem pendingin hawa automatik PM2.5 terdapat juga enam pembesar suara dan bumbung kaca panorama

Ciri keselamatan menyeluruh sama seperti varian Ultra, Ora Good Cat GT hadir dengan pakej keselamatan komprehensif termasuk 6 beg udara, TPMS, TCS & cagak ISOFIX dan kamera 360° yang mempunyai fungsi “tembus casis” Sistem bantuan parkir pintar (IIP)Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)Brek Kecemasan Autonomi (AEB)Amaran Lorong (LDW, LKA, LCK)Amaran Pelanggaran Belakang (RCW)Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)Bantuan Mula Mendaki (HSA)

Varian Ultra masih ditawarkan selain GT, GWM turut mengekalkan varian Ora Good Cat Ultra dengan harga bermula RM109,800.Ia menggunakan motor 143 PS / 210 Nm, jarak gerak 480 km, serta mod pemanduan asas Normal, Sport, ECO, ECO+ dan Auto.Pilihan warna dalaman pula lebih lembut dengan kombinasi Green/Grey, Brown/Rice atau Green/Rice, bergantung kepada warna luaran.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *