(GGR Motor) hari ini memperkenalkan prototype motosikal elektrik tempatan jarak jauh pertama, dinamakan Pantera R1 dan R2, dengan keupayaan perjalanan sehingga 300 kilometer bagi satu cas penuh.

Menurut Pengarah Urusannya, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi, model baharu ini menjadi simbol kemampuan anak tempatan menghasilkan EV berprestasi tinggi setanding jenama antarabangsa.
“Matlamat kami jelas kami lahirkan motosikal elektrik buatan Malaysia yang benar-benar praktikal, mampu milik dan mesra alam,” katanya semasa pelancaran di MARA Automotive Ecosystem (MATEC 2025), Bukit Jalil.
Pantera R1 dan R2 dikuasakan dua unit bateri 73.8V/116Ah, menyokong fast charging 30 minit, serta motorhub 5,000kW dengan kelajuan maksimum 110–150km/j. Ia turut menggunakan Votol Controller untuk kecekapan tenaga tinggi dan kos penyelenggaraan hampir sifar kerana tidak memerlukan servis enjin.
GGR Motor menyasarkan rider e-hailing dan usahawan mikro sebagai pengguna utama dimana mampu menjimatkan sehingga 60% kos operasi harian berbanding motosikal petrol.
“Ini bukan sekadar kenderaan, tapi peluang ekonomi baharu untuk rakyat,” jelas Musaddiq.
Walaupun masih di peringkat prototype, GGR menawarkan skim pembiayaan mudah dan deposit rendah apabila model ini dipasarkan tahun depan.

Pelancaran penuh akan dilaksanakan dalam dua fasa:
Fasa 1 (Okt–Dis 2025): Pembinaan ekosistem stesen swap & caj di seluruh negara
Fasa 2 (Jan 2026): Pra-tempahan dibuka kepada komuniti e-hailing dan orang ramai
Musaddiq turut menyeru syarikat korporat & rakan strategik seperti 99 Speedmart dan ZUS Coffee untuk bekerjasama menempatkan swap station dan charging point di premis mereka.

Selain model baharu, GGR turut memperkenalkan konsep ‘Subscription Swap Station’, membolehkan pengusaha tempatan jana pendapatan melalui langganan pertukaran bateri.
GGR sebelum ini mencatat kejayaan dengan lebih 8,000 unit Lion G1 terjual, membuktikan pasaran EV dua roda di Malaysia semakin berkembang.
Untuk pasaran selepas jualan, pengguna akan disokong oleh supermarket GGR Motor di Sungai Penchala dan PMH Motor di Alor Setar sebagai Master Dealer wilayah Utara.

Menariknya, GGR kini turut bekerjasama dengan beberapa selebriti tempatan termasuk Johan, Farid Kamil dan Ajak Shiro dalam memperluas rangkaian GGR X.
“Kami tak jual dulu, kami bina ekosistem dahulu. Bila semua dah bersedia — baru kita lancar jualan bersama infrastruktur,” ujar Musaddiq.