
PROTON S70 yang diperkenalkan pada penghujung 2023, ia menyegarkan kembali pasaran segmen sedan yang dilihat sedikit suram apabila model kenderaan utiliti sukan (SUV) banyak mendominasi.

Bagi separuh tahun ini, S70 ini telah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam pemilihan kenderaan sedan segmen C.
Bagi penulis sebab utamanya sudah pastinya dengan tanda harga yang ditawarkan iaitu RM 94,800 bagi varian yang dipandu uji ini Flagship X.
Seterusnya S70 ini menjadi pilihan utama golongan muda kerana ia adalah satu satunya kenderaan yang hadir bersama bumbung suria didalam kelasnya.

Sudah tentunya ramai yang mahukan sedikit penambahan atau facelift dibuat oleh Proton.
Jadi apa komen anda sekiranya Pihak Proton dapat memberi nafas baharu terhadap S70 ini?