BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta elektrik BYD di Malaysia, kini bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menyokong penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan mengurangkan pencemaran karbon di negara ini.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, mereka melancarkan program “Jom Pandu BYD Bersama MOT” selama 6 bulan. Dalam program ini, kakitangan MOT boleh uji pandu pelbagai model EV BYD seperti SEAL, ATTO 3, dan DOLPHIN bagi merasai sendiri prestasi dan kemudahannya.

Dua pengecas EV juga telah dipasang di pejabat MOT di Putrajaya oleh Gentari, rakan kongsi BYD dalam inisiatif ini. Ini menunjukkan usaha serius pihak kerajaan dan swasta untuk menyediakan lebih banyak kemudahan EV.

Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pengguna dan pihak kerajaan beralih kepada pengangkutan yang lebih hijau dan mesra alam.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *