
KLANG, 22 April 2025 – Dalam usaha sama ke arah mobiliti lestari dan operasi yang lebih cekap, Northport (Malaysia) Bhd dan PRO-NET (Proton New Energy Technology Sdn Bhd) hari ini mengumumkan penyerahan tiga unit Proton e.MAS 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan Northport.
Pencapaian ini juga menandakan Northport sebagai syarikat dan pengendali pelabuhan pertama di negara ini yang mengguna dan mengendalikan e.MAS 7 dalam pengurusan kenderaan syarikat, sekaligus mengukuhkan komitmennya dalam usaha ESG korporat dan penyelesaian pengangkutan lestari.
Menurut Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET berkata “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Northport, sebuah organisasi yang menjadi contoh dalam mengamalkan kelestarian.
Penggunaan Proton e.MAS 7 ini juga mencerminkan usaha berterusan Northport untuk menjadikan operasinya lebih mesra alam.

Sebagai SUV elektrik sepenuhnya pertama dari Proton, e.MAS 7 menawarkan manfaat praktikal untuk kegunaan harian.
Pemanduannya yang lancar dan senyap bukan sahaja menjadikan pengalaman rondaan lebih selesa, malah membantu mengurangkan keletihan anggota bertugas, terutamanya dalam syif yang panjang.
Operasi yang lebih senyap turut membantu mengurangkan pencemaran bunyi di sekitar kawasan pelabuhan.
Dengan keupayaan pengecasan pantas, kenderaan ini sentiasa bersedia untuk digunakan pada bila-bila masa. Teknologi janaan elektrik yang cekap membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan perlepasan karbon. Tambahan pula, dengan bilangan komponen bergerak yang lebih sedikit berbanding kenderaan petrol biasa, kos penyelenggaraan juga dapat dikurangkan.
Dalam pada itu Fakhrul Azhar Tajudin, Ketua Pegawai Eksekutif Northport berkata
“Di Northport, kami komited untuk mengamalkan pendekatan yang lestari dan menyokong penyelesaian tenaga bersih. Proton e.MAS 7 sejajar dengan matlamat alam sekitar kami serta menyokong inisiatif Pelabuhan Hijau dan komitmen ESG kami.
Tambahnya lagi sebagai sebuah pelabuhan yang berbangga dengan identiti Malaysia, pemilihan jenama PROTON turut mencerminkan sokongan kami terhadap inovasi tempatan dan pembangunan industri negara.