Audi Q7, SUV pertama jenama Audi, telah memulakan fasa pengeluaran awal di Malaysia, menjadikannya model Audi pertama dalam segmen ini yang dipasang secara tempatan di Asia Tenggara. Model tujuh tempat duduk ini merupakan Kenderaan Elektrik Hibrid Ringan (MHEV) dan dihasilkan di kilang Volkswagen Group Malaysia (VGM) yang terletak di Pekan, Pahang — satu-satunya fasiliti pemasangan Audi di rantau ini.

Kilang bertaraf dunia ini sebelum ini telah memasang model Volkswagen untuk pasaran tempatan dengan kerjasama DRB-Hicom sebagai rakan kongsi pengilangan kontrak. Pengarah Urusan VGM, Dr Susanne Lehmann, menegaskan bahawa pelanggan akan terus menikmati kualiti, prestasi dan kemewahan Audi yang sama walaupun kini ia dihasilkan di Malaysia.

Pelancaran ini disifatkan sebagai simbol kemajuan, inovasi dan kerjasama strategik. Kilang ini dijangka melancarkan lebih banyak model Audi pada masa hadapan dengan kapasiti sehingga 5,000 unit setahun.

Lebih RM12 juta telah dilaburkan sebagai pelaburan awal untuk menjayakan projek ini, yang juga selari dengan aspirasi Dasar Automotif Nasional untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi dalam sektor automotif mewah.
Kilang di Pekan ini memiliki keluasan 18,000 meter persegi yang dilengkapkan dengan fasaliti teknologi antrabangsa turut memiliki lebih 90 tenaga mahir baharu adalah sebagai persediaan awal ke arah pemasangan model kenderaan elektrik (EV) jenama ini. Pada permulaan ini, di kilang ini mampu memasang lebih kurang tiga unit sehari dengan kapasiti pengeluaran 300 hingga 500 unit setahun.

Audi Q7 CKD ini bakal berada di pasaran Malaysia pada Mei 2025 ini dengan anggaran harga RM 469,000 hingga RM 489,000. Untuk model Audi Q7 CKD ini hadir melalui kemasan S Line dan memiliki pakej Black Styling Performance. Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Audi Q7 ini merupakan kenderaan jenis elektrik hibrid ringan (MHEV) 48V dan bersama enjin 3.0 liter V6 TSFI yang mampu menghasilkan kuasa 340PS dan 500 Nm tork.