Volvo Car Malaysia bakal mengadakan acara jualan hujung minggu eksklusif menerusi promosi 48-Hour Volvo Merdeka Deal yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Ogos 2026 di seluruh negara. Acara jualan khas ini memberi fokus utama kepada SUV mewah 7 tempat duduk popular mereka, Volvo XC90 (MF25), dengan penawaran rebat tunai eksklusif sehingga RM70,000 bagi stok yang sangat terhad. Bagi pemandu di kawasan Lembah Klang, pengalaman jualan secara langsung ini boleh dinikmati di acara fizikal yang bertempat di Carfe, Petaling Jaya (9:00 pagi hingga 6:00 petang), manakala pembeli dari luar Lembah Klang boleh terus berkunjung ke bilik pameran sah Volvo terdekat.
​Selain keistimewaan pada model XC90, Volvo Car Malaysia turut menawarkan rebat 48 jam bagi barisan kenderaan elektrik dan hibrid premium yang lain sepanjang hujung minggu berkenaan. Antara tawaran yang disediakan merangkumi rebat tunai RM30,888 bagi SUV elektrik kompak Volvo EX30 Ultra, rebat RM30,000 untuk crossover elektrik Volvo EC40 Single, serta rebat RM29,200 berserta pakej VSP Plus 5 (bernilai RM15,800) buat SUV pertengahan popular Volvo XC60 MY26. Bagi sedan elektrik flagship terbaharu Volvo ES90, pelanggan bakal menikmati rebat khas RM20,000 berserta rebat tambahan 48 jam bernilai RM7,000 dan pengecas Wallbox percuma bernilai RM3,990.

​Pengunjung dan bakal pembeli yang hadir sepanjang acara jualan 48 jam ini turut dimanjakan dengan pelbagai ganjaran menarik di tapak acara. Setiap pelanggan yang membuat ujian pandu bagi mana-mana model Volvo akan menikmati hidangan kopi artisanal percuma, manakala mereka yang membuat tempahan kenderaan secara serta-merta berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi barangan eksklusif Volvo. Pengalaman pemilikan ini turut diserikan dengan hadiah misteri eksklusif yang akan diserahkan sewaktu proses penyerahan kenderaan baharu kelak. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan senarai pengedar rasmi, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Volvo Car Malaysia.