BMW Group Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan BMW i5 eDrive40 M Sport Pro pemasangan tempatan (CKD) yang pertama seumpamanya di rantau Asia-Pasifik. Turut dilancarkan ialah BMW iX1 eDrive20L M Sport, versi jarak roda panjang (LWB) bagi SAV elektrik kompak popular jenama Bavaria itu.

Pelancaran ini bukan sekadar menambah pilihan EV premium di pasaran tempatan, malah menandakan kematangan ekosistem elektrifikasi BMW di Malaysia dimana daripada import, kini kepada pemasangan tempatan.

Sebagai model EV CKD pertama BMW di Asia-Pasifik, BMW i5 eDrive40 M Sport Pro membawa makna besar. Ia merupakan sedan eksekutif elektrik yang disasarkan kepada golongan profesional dan pengguna premium yang mahukan keselesaan, prestasi dan teknologi terkini tanpa kompromi.

Penampilan luaran i5 ini mengekalkan bahasa rekaan moden BMW dengan sentuhan sporty yang jelas. Gril BMW Iconic Glow Shadowline menjadi titik fokus, digandingkan dengan lampu hadapan LED Adaptif dan DRL menegak.

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro ini didatangkan bersama:

  • Rim M Aerodynamic 939M 20 inci dwiwarna
  • Brek M Sport biru gelap metalik
  • Spoiler belakang M dan kemasan Shadowline berkilat
  • Ruang but berkapasiti 490 liter, boleh diperluaskan melalui lipatan tempat duduk 40:20:40 – praktikal untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jauh.

Masuk ke dalam, fokus terus tertumpu pada BMW Curved Display (12.3 inci + 14.9 inci) bersama BMW Operating System 8.5. Antara elemen menarik termasuk:

  • BMW Interaction Bar dengan pencahayaan ambien interaktif
  • Stereng kulit M, tali pinggang keledar M & headliner antrasit
  • Upholsteri kulit BMW Individual Merino
  • Sistem audio Bowers & Wilkins 18 pembesar suara (655W)
  • Keselesaan dipertingkat dengan tempat duduk sport elektrik lengkap memori dan sokongan lumbar, pendingin hawa empat zon serta bumbung kaca panorama.

BMW i5 eDrive40 CKD menggunakan motor elektrik pacuan belakang dengan:

  • 250 kW / 340 hp
  • 430 Nm tork
  • 0–100 km/j: 6.0 saat

Hasil penggunaan teknologi BMW eDrive generasi kelima dan pengurusan haba pintar, sedan ini menawarkan jarak pemanduan antara 513 hingga 627 km (WLTP).

Pengecasan pula menyokong:

  • AC 22 kW: 0–100% dalam 4 jam 15 minit
  • DC 205 kW: 10–80% dalam 34 minit

Suspensi Adaptif Profesional dan Integral Active Steering (roda belakang membelok sehingga 2.5°) disertakan sebagai standard.

BMW iX1 eDrive20L M Sport: Lebih Panjang, Lebih Selesa

BMW iX1 eDrive20L M Sport direka khusus untuk mereka yang mahukan EV kompak dengan ruang dalaman lebih luas dan sangat sesuai untuk keluarga muda atau penggunaan bandar.

Dengan jarak roda dipanjangkan 110 mm, model LWB ini menawarkan:

  • Tambahan 81 mm ruang kaki belakang
  • Tambahan 107 mm ruang lutut

Rekaan luaran menampilkan gril tertutup bercorak ‘X’, rim M 19 inci, rel bumbung Shadowline dan lampu belakang LED berbentuk L.

  • Kapasiti but kekal praktikal:
  • 490 liter (standard) Sehingga 1,600 liter dengan tempat duduk dilipat

Ruang dalaman menampilkan:

  • BMW Curved Display + OS 9
  • Head-Up Display
  • Stereng M Leather
  • Bumbung panorama tanpa tiang tengah
  • Sistem audio Harman Kardon 205W

Motor EESM pacuan hadapan menghasilkan:

  • 150 kW / 204 hp
  • 250 Nm tork
  • 0–100 km/j: 8.6 saat
  • Bateri 66.5 kWh membolehkan jarak sehingga 433 km (WLTP).

Pengecasan:

  • AC 11 kW: ~6 jam 45 minit
  • DC 130 kW: 10–80% dalam 32 minit

Kedua-dua model dilengkapi pakej bantuan pemanduan komprehensif, termasuk:

  • Driving Assistant Plus / Professional
  • Parking Assistant Plus dengan paparan 3D
  • BMW Operating System terkini & ConnectedDrive

BMW Group Malaysia turut menawarkan:

  • Waranti EV sehingga 6 tahun (tanpa had perbatuan)
  • Jaminan bateri voltan tinggi 8 tahun
  • BMW Proactive Care & Bantuan Tepi Jalan 24/7

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *