Nama Kia Carnival bukan asing dalam dunia MPV besar. Sejak dulu ia dikenali sebagai kenderaan keluarga yang luas dan selesa. Tapi dengan pelancaran Kia Carnival Baharu, Kia jelas mahu membawa model ini ke tahap lebih moden dan bukan sekadar MPV keluarga, tetapi sebuah kenderaan gaya hidup yang sarat teknologi.

Model ini juga mencatat sejarah tersendiri kerana ia merupakan model pertama yang dilancarkan oleh Kia Sales Malaysia (KSM) sejak penubuhan rasmi mereka di Malaysia. Mengikut falsafah reka bentuk terkini Kia, “Opposites United”, Kia Carnival Baharu tampil dengan wajah yang jauh lebih berani berbanding generasi sebelum ini.
Bahagian hadapan kini menampilkan:
– Gril besar dengan rekaan lebih tajam
– Bampar yang lebih berukir dan moden
– DRL dengan grafik Star Map, identiti baharu Kia
– Lampu utama menegak yang beri karakter futuristik
Di belakang pula, nombor plat dialihkan ke bawah pintu tailgate bagi menghasilkan rupa yang lebih kemas, manakala lampu belakang Star Map melengkapkan rekaan yang nampak premium dan kontemporari.

Pendek kata, ini bukan lagi MPV yang “nampak macam van keluarga semata-mata”.
Dua Konfigurasi, Satu Matlamat: Keselesaan Maksimum. Untuk pasaran Malaysia, Kia Carnival Baharu dipasang secara tempatan (CKD) di Kulim, Kedah, dan ditawarkan dalam dua konfigurasi:
– 11 tempat duduk – sesuai untuk keluarga besar atau kegunaan komersial premium
– 7 tempat duduk – lebih eksklusif, sesuai untuk kegunaan eksekutif
Varian 7-tempat duduk dilengkapi Kerusi Relaxation Premium di baris kedua dengan fungsi gelungsur sisi, manakala baris ketiga boleh dilipat rata untuk ruang kargo tambahan.
Bagi varian 11-tempat duduk pula, kerusi tengah di baris kedua dan ketiga boleh dilipat bagi memudahkan akses keluar masuk yang praktikal untuk kegunaan harian.
Masuk ke dalam kabin, pendekatan minimalis moden jelas menjadi fokus utama.
Antara highlight utama:
– Skrin panorama melengkung
– 12.3 inci paparan meter digital
– 12.3 inci skrin infohiburan
– Susun atur papan pemuka yang bersih dan tidak berselerak
– Ambient lighting pada papan pemuka dan panel pintu
– Pemegang cawan bersaiz besar, sesuai untuk gaya hidup keluarga

Semua ini menjadikan kabin Kia Carnival Baharu bukan sahaja selesa, tetapi juga terasa moden dan premium dan setanding MPV kelas atasan.
Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin Smartstream 2.2-liter turbodiesel empat silinder yang menghasilkan:
– 202 PS pada 3,800 rpm
– 440 Nm tork dari 1,750 hingga 2,750 rpm
Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan, memacu roda hadapan.
Dari segi penggunaan bahan api, Kia mendakwa angka 6.5L/100km (NEDC) satu angka yang munasabah untuk sebuah MPV bersaiz besar dan berat.

Kia Carnival Baharu hadir dengan lapan beg udara, termasuk beg udara sisi tengah bagi mengurangkan perlanggaran antara penumpang hadapan. Turut disertakan ialah rangkaian sistem bantuan pemandu canggih seperti:
– Forward Collision-Avoidance Assist 2.0
– Highway Driving Assist 2
– Blind-Spot Collision-Avoidance Assist
– Lane Keep & Lane Following Assist
– Rear Cross-Traffic Collision Avoidance
– Intelligent Speed Limit Assist
Kia Carnival Baharu ditawarkan dalam empat warna:
– Meteor Grey
– Snowflake White Pearl
– Astra Blue
– Jet Black

Harga ditawarkan seperti berikut. Dan setiap unit hadir bersama waranti 5 tahun atau 150,000km
- Kia Carnival 2.2D 7 tempat duduk Rm 248,888
- Kia Carniva 2.2D 11 tempat duduk Rm 188,888
