
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh pengeluar kereta nasional PROTON, mempamerkan kepada rakyat Malaysia dengan Proton e.MAS 7 PHEV yang akan dilancarkan tidak lama lagi menerusi Karnival Musim Bunga Tahun Baru Cina (CNY) bersama Mango Media.
Acara ini yang akan berlangsung dari 15 hingga 25 Januari 2026 di Piazza, Pavilion Bukit Jalil.Karnival selama 11 hari ini menandakan antara penampilan sulung terawal Proton e.MAS 7 PHEV sejak tempahan dibuka, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat model ini dengan lebih dekat sepanjang musim perayaan.
Menurut Puan Salawati Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, berkata, “Dengan membawa Proton e.MAS 7 PHEV ke sambutan Tahun Baru Cina bersama Mango Media, kami ingin mendekatkan jenama Proton e.MAS dengan rakyat Malaysia dalam suasana yang lebih santai dan menyeronokkan.
Ia memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri kenderaan ini, merasai pengalaman Proton e.MAS, dan memahami bagaimana kereta EV boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.
”Sebagai sebahagian daripada programi ini, pengunjung berpeluang melihat Proton e.MAS 7 PHEV bersama model yang baru dilancarkan, e.MAS 5, sehingga 25 Januari.PRO-NET turut memperkenalkan peraduan “Snap, Share & Win”, yang memberi peluang kepada pengunjung untuk memenangi sebuah kenderaan elektrik dengan menyertai aktiviti di acara tersebut.