Acara drift yang dulunya dianggap subkultur kini sudah mula bergerak ke arus perdana. Buktinya, Motormaniac Drift Meet Vol. 2 yang berlangsung di markas Motormaniac HQ baru-baru ini berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung, sekali gus membuktikan budaya drift semakin matang dalam kalangan peminat automotif tempatan.

Walaupun baru edisi kedua, sambutan yang diterima jauh lebih besar daripada jangkaan, baik dari segi jumlah kereta, kualiti pemandu, mahupun penglibatan komuniti. Pentas utama pastinya aksi drift. Sebanyak 22 kereta drift daripada pelbagai kelas berkumpul menggunakan layout teknikal “One Dream Layout” dengan rekaan drift course yang sengaja dibuat mesra drifter baharu, tapi tetap mencabar untuk drifter berpengalaman.
Boleh nampak variasi jentera yang hadir seperti model, S-chassis dari Nissan yang masih relevan kehadiran kereta keluaran eropah seperti, BMW E-series yang semakin popular sebagai platform drift dan tidak lupa kenderaan keluaran negara matahari terbit yang merupakan pemula kepada sukan drift ini. Beberapa jentera high-power yang membawa tahap persembahan lebih ganas

Dari awal petang sampai ke malam, tayar berasap tanpa henti. Orang luar mungkin nampak macam “buat bulat-bulat”, tapi bagi peminat drift, inilah seni kawalan, ‘car feel’, dan footwork sebenar.
Motormaniac memang terkenal sebagai jenama lifestyle automotif. Sebab itu acara mereka bukan sekadar drift:
- Persembahan B-boy
- Jualan merchandise Motormaniac
- Food truck
- Booth jenama automotif & aftermarket
- Suasana ‘street culture’ yang sangat hidup

Ia bukan cuma untuk “orang kereta”, tapi untuk keluarga, rakan-rakan, dan sesiapa yang mahu menikmati suasana urban automotif Malaysia. Salah satu tarikan paling gila: Taxi Drift Ride. Pengunjung berpeluang naik terus dalam kereta drift dan rasa sendiri pengalaman sentapan tail-out, kawalan steering counter, hentakan rev limiter,dan menyaksikan sendiri duduk didalam kenderaan drift yang menghasilkan asap tayar yang berkepul-kepul.
Untuk ramai orang, inilah kali pertama mereka rasa drift from the inside. Pengalaman macam ni tak ada di mana-mana kecuali event jenis grassroots macam Motormaniac. Satu perkara yang membezakan Motormaniac daripada acara lain, mereka memberi akses drift secara percuma kepada drifter yang mahu join layout mereka.

Tujuan ini juga merupakan satu kemudahan kepada peminat sukan pemotoran dimana kebiasaannya mengalami cabaran seperti Sewa track mahal, Tayar drift cepat haus,Kos ubah suai kereta bukan murah. Bila akses dibuka percuma, ramai bakat muda dan drifter baru dapat peluang tunjuk skil tanpa tekanan kewangan. Pendekatan ini jelas menunjukkan fokus Motormaniac untuk bangunkan komuniti, bukan sekadar buat “car meet”.
Kemuncak acara ini menyaksikan pelancaran kereta drift rasmi Motormaniac. Jentera ini akan menjadi wakil pasukan dalam kejohanan profesional seperti:
- National Drift Series
- D1 Grand Prix Malaysia (D1GP)
- King of Drift Malaysia

Dengan sokongan Astra Batteries, Motormaniac kini bukan lagi sekadar platform gaya hidup mereka mula memasuki dunia motorsport drift profesional secara serius. Motormaniac Drift Meet Vol. 2 membuktikan satu perkara dimana Malaysia ada komuniti drift yang besar, berbakat, dan semakin matang.
Dengan gabungan:
✔ komuniti
✔ lifestyle
✔ motorsport
✔ peluang perkembangan bakat
acara seperti ini bukan saja meriahkan budaya automotif, tapi turut membuka jalan untuk kemunculan lebih banyak pasukan drift Malaysia di pentas antarabangsa.
