Stellantis Malaysia kini menambah satu lagi model EV mampu milik ke pasaran tempatan dengan pelancaran Leapmotor B10, sebuah SUV elektrik segmen-C yang diletakkan di bawah model C10. Ini merupakan model global ketiga Leapmotor selepas T03 dan C10, dibangunkan berasaskan seni bina baharu LEAP3.5 yang menekankan kecekapan, rigiditi casis dan kos pengeluaran yang rendah.

Dengan harga bermula RM107,800 untuk varian LIFE dan RM118,800 bagi varian DESIGN, B10 mensasarkan pengguna EV arus perdana dengan tawaran ruang besar, kelengkapan moden serta teknologi keselamatan yang menyeluruh. Reka bentuk ringkas, aerodinamik, futuristikB10 menampilkan bahasa reka bentuk minimalis dengan elemen futuristik “kosmik”, termasuk garis pinggang cloudtrail dan kemasan Star Ring pada fender.

Bahagian hadapan menerima lampu utama LED penuh, dipisahkan daripada DRL berbentuk corak bendera. Pemegang pintu jenis flush serta bentuk badan yang lebih bulat membantu mencapai bacaan aerodinamik Cd 0.265, antara terbaik dalam kelas.Varian ini menggunakan rim aloi 18 inci Star Sports, manakala lampu belakang menampilkan rekaan melintang penuh dengan tema Wing Star. B10 memiliki dimensi: Panjang: 4,515 mmLebar: 1,885 mm Tinggi: 1,655 mm dan Jarak roda: 2,735 mm serta Kelegaan tanah: 170 mm.

Leapmotor B10 dibina menggunakan platform Cell-to-Chassis (CTC) 2.0+, dengan struktur bateri-casis bersepadu yang dan merendahkan pusat graviti serta mampu mencapai agihan berat hampir sempurna 50:50 dan memberikan ketegaran kilasan 36,360 Nm/deg. Motor elektriknya hanya 60 kg, mencapai kecekapan sehingga 94% dan output kuasa 218 hp / 240 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 8 saat.

Bateri LFP (56.2 kWh atau 67.1 kWh) menyokong cas pantas 2.5C (400 V) yang mampu melakukan 30–80% dalam kurang 20 minit, antara terpantas dalam kelas EV segmen-C mampu milik. Jarak pemanduan (WLTP) untuk varian LIFE (56.2 kWh): 361 km manakala varian DESIGN (67.1 kWh): 434 km Kedua-duanya turut menyokong fungsi V2L 3.3 kW. Leapmotor B10 hadir dengan sistem infotainmen yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 8155, skrin besar & OTA tanpa had. Ruang kabin B10 menampilkan pendekatan premium, dengan skrin infotainment 14.6 inci (Leap OS 4.0 Plus)Kemas kini OTA tanpa hadCarPlay & Android Auto (tersedia bermula Januari 2026) Meter digital 8.8 inci Kamera 360°

Standard Aplikasi kawalan jauh (remote start, kawalan suhu, status bateri, kunci/pintas jauh)Cip Qualcomm Snapdragon 8155 memastikan prestasi UI pantas dengan RAM sehingga 16 GB dan GPU Adreno 640.

Kabin ruang besar 2,390 mm, material premium. Material dalaman menggunakan kemasan daun buluh, pencahayaan ambien, dan tekstil silikon OEKO-Tex (varian DESIGN). Ciri menarik lain seperti tempat duduk pemandu larasan kuasa 6-halaTempat duduk penumpang hadapan larasan kuasa 4-hala. Kedua-dua seat hadapan ada pengudaraan2 pad pengecas tanpa wayar 15W Konsol tengah terapung dengan ruang simpanan luas. Ruang kepala: 1,027 mm (depan) / 1,005 mm (belakang) Ruang but: 430 L, sehingga 1,700 L (lipat rata) Ruang frunk 25 L.

Mode pemanduan tersedia seperti Comfort, Standard, Sport. Bumbung kaca panoramik dengan pembayang matahari elektrik. Keselamatan Leapmotor B10 menerima Euro NCAP 5 Bintang + ADAS Tahap 2 Leapmotor B10 mencatat skor tinggi 93% bagi perlindungan dewasa & kanak-kanak dalam ujian Euro NCAP. Ia dilengkapi 7 beg udara 12 sensor + 17 ciri ADAS (Tahap 2)Termasuk ACC, LCC, AEB, ELKA, BSD, RCTA+B, TJA, DDAW dan banyak lagi.

Varian Leapmotor B10 LIFE – RM107,800• Dalaman: Kelabu gelap

Leapmotor B10 DESIGN – RM118,800• Dalaman: Kelabu gelap (Shadow Grey)

Promo 200 unit pertama:LIFE: RM99,800 (rebat RM8,000)DESIGN: RM109,800 (rebat RM9,000)Pilihan warna:Metallic Black, Light White, Tundra Grey, Dawn Purple, Starry Night Blue (warna signatur, diinspirasikan lukisan Van Gogh).

Jaminan & penyelenggaraan Kenderaan selama 6 tahun bersamaan150,000 km, manakala untuk Bateri 8 tahun bersamaan160,000 km Selang servis: 1 tahun / 20,000 km

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *