Mercedes-Benz Malaysia menutup tahun 2025 dengan dua penyertaan penting dalam barisan SUV mereka iaitu Mercedes-Benz GLE 400 e 4MATIC, plug-in hybrid pertama untuk model GLE di Malaysia, dan Mercedes-Benz GLC 200 4MATIC, varian ICE yang kembali untuk memenuhi permintaan pelanggan tempatan. Kedua-duanya dipasang tempatan di Pekan, Pahang.

GLE baharu ini tampil sebagai pilihan paling elektrik dalam rangkaian SUV Mercedes tempatan. Ia digerakkan oleh gabungan enjin 2.0L turbo + motor elektrik 100 kW, menghasilkan 381 hp dan 650 Nm, membolehkan 0–100 km/j dalam 6.1 saat.

Yang lebih menarik ialah jarak elektrik mencecah 114 km (WLTP), antara yang tertinggi dalam segmennya. Dibantu pengecas onboard 11 kW dan mod elektrik yang turut berfungsi untuk laluan off-road.

Suspensi AIRMATIC menjadi standard, menawarkan keseimbangan keselesaan dan kawalan. Sebagai SUV AMG Line, ia hadir dengan lampu MULTIBEAM LED, roda AMG 21 inci, running board berlampu, serta bumbung panoramic.

Bahagian dalaman pula menawarkan gaya AMG Line dengan kemasan ARTICO/MICROCUT, roda stereng nappa, trim kayu oak open-pore, ambient lighting 64 warna dan sistem audio Burmester® 3D.

Seperti generasi baharu Mercedes lain, ia dilengkapi MBUX generasi kedua dengan skrin 12.3 inci, navigasi AR, Parking Package 360°, serta ciri transparent bonnet untuk pemanduan off-road.

Harga: RM498,888 tanpa insurans.

GLC 200 4MATIC pula hadir sebagai model asas dalam keluarga GLC, namun tetap mengekalkan karakter SUV mewah moden. Ia menggunakan enjin 2.0L turbo 204 hp dengan sistem 48V mild-hybrid (ISG) yang menambah tork serta menjadikan pemanduan lebih halus.

Kuasa 204 hp / 320 Nm disalurkan melalui sistem 4MATIC, membolehkan 0–100 km/j dalam 7.8 saat. Suspensi AGILITY CONTROL memastikan keseimbangan keselesaan dan handling pada pelbagai permukaan jalan.

Dari luar, ia membawa imej sporty dengan AMG Line, roda AMG 20 inci, lampu LED High Performance dan running board aluminium. Kabin pula menampilkan susun atur tipikal Mercedes moden dengan dua skrin besar berukuran 12.3 inci (instrumen) dan 11.9 inci (infotainmen) disertakan MBUX Navigation Premium dan AR Navigation.

Keselesaan tambahan termasuk THERMATIC climate control, acoustic glass, roller sunblinds, ambient lighting, serta Boot Comfort Package yang memudahkan kerja memuatkan kargo.

Ciri keselamatan merangkumi Active Lane Keeping Assist, Blind Spot Assist, Active Brake Assist, PRE-SAFE®, Parking Package 360°, dan banyak lagi.

Harga: RM329,888 tanpa insurans.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *