
Toyota GAZOO Racing (TGR) bersama Lexus hari ini membuka tirai dunia dengan tiga model yang cukup dinantikan: GR GT, GR GT3, dan Lexus LFA Concept. Ketiga-tiga model ini bukan sekadar kereta pameran tetapi ia adalah manifestasi falsafah baharu Toyota dalam melahirkan sports car bertaraf “flagship”, meneruskan legasi Toyota 2000GT dan Lexus LFA.
Model-model ini dibangunkan dengan falsafah dipanggil “Toyota’s Shikinen Sengu”, iaitu konsep tradisi Jepun di mana sesuatu struktur dibina semula setiap beberapa dekad bagi memastikan kemahiran pertukangan diwarisi generasi seterusnya. Dalam konteks automotif, ia bermakna memelihara DNA pemanduan, ketepatan kejuruteraan, dan seni membuat sports car.

GR GT ialah model paling penting dalam barisan GR setakat ini. Dibangunkan bersama Master Driver Morizo (Akio Toyoda), beberapa pemandu profesional dan jurutera Toyota, model ini melalui proses “hone, drive to failure, repair” ini merupakan falsafah GR untuk melahirkan kereta yang benar-benar “driver-first”.

Sorotan Teknikal GR GT:
- Enjin 4.0L V8 Twin-Turbo dengan sistem pelinciran dry-sump
- RWD, transaxle rear-mounted
- Carbon-fiber torque tube
- Body frame aluminium sepenuhnya — pertama dalam Toyota
- 8-kelajuan automatic + single electric motor
- Aerodinamik sebagai keutamaan utama reka bentuk

Fokus utama ialah center of gravity yang sangat rendah, berat minimum, dan rigidity maksimum. Toyota jelas mensasarkan GR GT ini sebagai pelapis kepada LFA dalam konteks falsafah pemanduan.

GR GT3 — Mesin GT3 Untuk Pelanggan Yang Mahu Menang
GR GT3 dibina terus berasaskan GR GT dan direka untuk masuk ke pentas FIA GT3, kategori paling popular dalam perlumbaan kereta pelanggan di seluruh dunia. Ciri utama GR GT3:
- Casis aluminium space-frame
- Double wishbone suspension rendah-mount
- Enjin 4.0L V8 twin-turbo sama dengan GR GT
Direka supaya mesra pemandu profesional mahupun gentleman driver. Toyota turut merancang menyediakan sistem sokongan lengkap kepada pelanggan yang ingin berlumba dalam GT3 di peringkat global. Ini merupakan satu langkah serius bagi memperkuat peranan TGR dalam dunia customer racing.

Lexus LFA Concept — Hyper BEV yang Kekalkan Roh LFA
LFA Concept ialah usaha Lexus untuk melahirkan BEV sports car sebenar, bukan sekadar EV berkuasa tinggi. Ia dibangunkan bersama pasukan GR dengan pendekatan “one-team” bersama Morizo.
Model ini membawa DNA LFA asal kepada penekanan pada keseimbangan antara pengalaman pemanduan & keindahan rekabentuk, sambil membuktikan bahawa BEV sports car tidak lagi dalam fasa eksperimen. Lexus menyatakan bahawa model ini adalah usaha untuk menetapkan hala tuju masa depan jenama dalam segmen kereta prestasi elektrik.
