Kia Sales Malaysia (KSM) secara rasminya memulakan fasa “Return, Rebuild, and Reposition” jenama ini di pasaran tempatan melalui penganjuran program Kia Ownership Experience. Inisiatif yang berpangkalan di Pusat 3S Utama Kia Glenmarie ini bertujuan memperkukuhkan semula kepercayaan pemilik sedia ada serta meningkatkan standard layanan selepas jualan Kia di Malaysia.

Salah satu tarikan utama program ini adalah kehadiran Hyung Gyu Choi (H.G. Choi), Pengurus Kanan Teknikal Global dengan pengalaman lebih 34 tahun dalam industri. Beliau mengetuai pasukan teknikal KSM untuk melakukan pemeriksaan terperinci ke atas lebih 100 unit kenderaan Kia, merangkumi model popular seperti:
- Kia Forte, Cerato, dan Optima.
- Kia Picanto, Sorento, dan Sportage.
- Kia Grand Carnival dan Sephia.
Menariknya, terdapat kenderaan pelanggan yang mengambil bahagian telah mencatatkan jarak perbatuan melebihi 400,000 km, membuktikan ketahanan (durability) kejuruteraan Kia dalam konteks pemanduan realistik di Malaysia.

Bagi memberikan ketenangan minda jangka panjang, KSM memperkenalkan Kia Maintenance Plan yang membolehkan pemilik membuat bayaran awal untuk kos servis sehingga 5 tahun. Pelan ini melindungi pelanggan daripada kenaikan harga alat ganti, minyak enjin, atau kos buruh di masa hadapan.
Liputan Servis Merangkumi:
- Penukaran minyak enjin sintetik penuh dan penapis minyak.
- Penapis kabin, penapis udara enjin, dan palam pencucuh.
- Penukaran cecair brek serta pemeriksaan kenderaan pelbagai titik.
Struktur Harga Mengikut Model:
| Model | Varian | Tempoh / Jarak | Harga Anggaran |
| Kia Sportage | 1.6T | 5 Tahun / 50,000km | RM2,980 |
| Kia Sportage | 2.0 | 5 Tahun / 75,000km | RM3,680 |
| Kia Carnival | 2.2D (Semua Varian) | 5 Tahun / 50,000km | RM3,580 |
Fasiliti 3S Glenmarie Kendalian Cycle & Carriage
Program ini juga adalah memperkenalkan Pusat 3S Utama Kia Glenmarie yang kini dikendalikan oleh kumpulan pengedar terkemuka, Cycle & Carriage. Fasiliti seluas 39,240 kaki persegi ini dilengkapi dengan 20 ruang servis operasi dan sistem diagnostik terkini bagi memastikan kecekapan servis yang maksimum.

Menurut Emily Lek, Pengarah Urusan KSM, syarikat turut menyokong rangkaian pengedar dengan gudang alat ganti khusus seluas 35,000 kaki persegi untuk mempercepatkan tempoh penyelesaian servis di seluruh negara.

Aktiviti Hujung Minggu & ‘Family Day’
Bagi komuniti dan peminat tegar Kia, KSM menjemput orang ramai untuk hadir ke acara Family Day pada 15 hingga 17 Mei 2026. Selain sesi perkongsian teknikal, pengunjung boleh menikmati promosi eksklusif daripada rakan industri seperti TotalEnergies, Goodyear, TRAPO, dan EV Connection (EVC).
Pemilik sedia ada juga berpeluang menikmati rebat melalui program Kia Circle Loyalty tanpa perlu melakukan trade-in kenderaan mereka.



