Kalau korang peminat kereta kat utara, minggu ni memang masanya! Chery Malaysia secara rasminya menggegar Penang Autoshow 2026 sebagai Penaja Emas (Gold Sponsor). Acara yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mei 2026 di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) ini menjadi medan Chery pamerkan teknologi mobiliti masa depan mereka.


​Bukan sekadar pamer kereta, tapi Chery datang bawa misi besar untuk komuniti utara. Jom kita tengok apa yang menarik kat booth Chery kali ni:

​Ni paling ‘pishang’ kalau korang terlepas. Pengunjung yang buat tempahan (booking) mana-mana model Chery sepanjang autoshow ini berpeluang memenangi sebuah Chery TIGGO 7 Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV). Peluang keemasan ni memang jarang-jarang dibuat untuk pembeli kereta pertama Chery.

​Tak puas tengok? Korang boleh terus rasa sendiri performance jentera Chery. Ada laluan pandu uji sejauh 4.8km disediakan untuk korang uji keselesaan dan pengendalian model-model hot seperti:

  • ​TIGGO 7 PHEV (Plug-in Hybrid)
  • ​TIGGO CROSS HEV (Hybrid Electric Vehicle)
  • ​TIGGO 8

Chery turut membuktikan mereka serius dalam teknologi AI melalui paparan robotik AiMOGA. Korang boleh buat meet-and-greet dengan robot bernama Argos dan Mornine. Ini sejajar dengan visi kerajaan dan MARii untuk integrasikan automasi dalam ekosistem mobiliti kita.

Aktiviti Menarik Untuk Keluarga
​Selain tengok kereta, ada macam-macam lagi aktiviti santai kat booth Chery:

  • ​Wind Chamber: Main game interaktif dan menang merchandise rasmi Chery.
  • ​Freebies: Tebus kopi dan popcorn percuma sambil korang cuci mata.

Majlis pelancaran di media day turut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, bersama pengurusan tertinggi Chery Malaysia dan MARii. Beliau juga sempat meluangkan masa melihat lebih dekat model Chery TIGGO CROSS HEV.


​Lokasi: Penang Waterfront Convention Centre (PWCC)
Tarikh: 1 – 3 Mei 2026
​Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut pasal spesifikasi model-model baru ni, boleh terus layari www.chery.my atau follow Facebook rasmi Chery Malaysia.

​Jangan lupa bawa family hujung minggu ni, mana tahu rezeki korang bawa balik Tiggo 7 PHEV percuma!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *