Kebiasaanya jika disebut bateri kereta, apa yang terlintas dalam fikiran adalah hanya sekadar bateri, kemudian berat dan sudah pasti berasid. Dan sudah pasti ketahanan hanya mampu bertahan setahun, jika lebih pun adalah bonus. Jadi kalini ini saya di jemput oleh Aeson Power untuk mencuba sendiri pengalaman menggunakan bateri kereta keluaran mereka.

Yang menariknya, Bateri kereta Aeson Power ini tidak sama seperti kebanyakkan bateri kereta yang berada di pasaran Malaysia selama ini. Bateri keluar Aeson Power ini menggunakan teknologi sodium-ion yang boleh dikatakan terlampau jarang untuk didengar dalam dunia bateri automotif harian. Ini kerana bateri kereta konvensional kebiasaanya menggunakan teknologi asid plumbum.

Menurut Aeson Power, bateri kereta keluaran mereka yang menggunakan teknologi Sodium-Ion ini tidak memiliki cecair asid seperti bateri konvesional, tiada konsep “Maintenance” untuk mengekalkan kuasa bateri dan secara teorinya, kurang risiko kebocoran limpahan asid yang disebabkan tindak balas semasa tempoh pengecasan dan daripada kerosakan akibat haba.

Setelah menerima unit bateri Aeson Power ini, saya sendiri terasa kagum dengan beratnya. Kebiasaanya bateri kereta konvesional memiliki berat sekitar 8kg hingga ada yang boleh cecah sehingga 45kg, akan tetapi untuk bateri Aeson Power ini hanya memiliki separuh berat daripada bateri konvesional *(bergantung pada size bateri). Jika hendak buat perbandingan nyata, kereta saya menggunakan spesifikasi DIN 75, dimana ia memiliki berat sekitar 17.45kg untuk bateri konvesional yang menggunakan asid plumbum. Tetapi untuk bateri Aeson Power dengan spesifikasi sama DIN 75 ini hanya memiliki berat sekitar 6.5kg, dimana boleh dikatakan lebih daripada separuh berat sudah hilang apa bila menggunakan bateri Aeson Power ini.

Dan apabila kita bercerita tentang berat ini, sudah pasti para mekanik juga sangat gembira, kerana kebiasaan untuk melakukan penggantian bateri kereta pelanggan, para mekanik perlu memikul berat bateri yang tertentu dan menyebabkan ketidak selesaan cara kerja para mekanik, dimana ia belum lagi menggambil kira kedudukan dan posisi bateri itu ditempatkan.

Kelebihan bateri Sodium-Ion keluaran Aeson Power ini dapat menghasilkan kuasa ‘cranking’ yang jauh lebih konsisten. Kestabilan kuasa ini sangat diperlukan untuk menghidupkan enjin kenderaan dalam apa jua kondisi cuaca, terutama di waktu sejuk. Selain itu juga bateri Aeson Power ini juga turut memiliki kitaran hayat yang lebih panjang berbanding bateri kereta konvensional yang menggunakan asid plumbum. Mengikut perkongsian dari Aeson Power juga, bateri ini memiliki pengecasan lebih pantas dan memiliki ketahanan suhu yang lebih baik.

Tanda-tanda awal selepas pemasangan bateri Aeson Power ini, saya mendapati untuk menghidupkan enjin kereta saya mengambil masa lebih pantas beberapa saat berbanding bateri asid plumbum. Selain itu tanda awal lain yang boleh dirasai saya,adalah kestabilan arus elektrik pada kenderaan saya. Ini kerana saya mendapati bunyi audio lebih jelas, lampu kereta sedikit lebih terang dan respon pada pecutan pun menunjukkan sedikit perbezaan. Tetapi ini adalah baru ujian awal, maka saya akan sambung lagi ulasan lain seterusnya selepas saya cuba bateri ini dalam masa tujuh hari. Mohon pembaca bersabar untuk menunggu ulasan seterusnya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *