UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini melancarkan Toyota GR Corolla Automatik 2026 di Malaysia, menjadikan prestasi Toyota Gazoo Racing (GR) lebih mudah diakses oleh pemandu yang mahukan pengalaman kereta berteras perlumbaan, tetapi dengan keselesaan transmisi automatik.

Model baharu ini menggunakan 8-kelajuan GAZOO Racing Direct Automatic Transmission (GR-DAT), dibangunkan menerusi pengalaman sukan permotoran. Ia menawarkan pertukaran gear pantas dan tepat, sambil kekal lancar untuk kegunaan harian. Digabungkan dengan konfigurasi hatchback 5-pintu, GR Corolla Automatik direka untuk prestasi agresif tanpa mengorbankan praktikaliti.

Menurut Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor, GR Corolla sejak awal dibangunkan untuk menyampaikan rasa pemanduan tulen ala jentera perlumbaan. Dengan pengenalan varian automatik, lebih ramai rakyat Malaysia kini boleh menikmati karakter GR sebenar tanpa kompromi.
Kemas kini menyeluruh untuk seluruh rangkaian GR Corolla. Bukan sekadar varian automatik, keseluruhan rangkaian GR Corolla 2026 (termasuk versi manual) turut menerima penambahbaikan selari dengan falsafah continuous improvement Toyota Gazoo Racing.
Antaranya:
– Blind Spot Monitor (BSM) sebagai ciri standard
– Paparan digital 10 inci baharu untuk paparan maklumat lebih jelas dan intuitif
– Penalaan semula suspensi dan ABS untuk kestabilan, brek dan pengendalian lebih baik
Transmisi GR-DAT menawarkan beberapa mod pemanduan:
– Drive Mode pertukaran gear pintar dan lancar
– Sport Mode respon pendikit lebih tajam dan pertukaran gear agresif
– M-Mode (Sequential) kawalan manual ala kereta perlumbaan
– Launch Start Control pecutan terkawal dari keadaan pegun

Harga rasmi untuk pasaran Malaysia
– GR Corolla Automatik (AT):
RM378,950 (Semenanjung Malaysia)
RM233,500 (Langkawi)
– GR Corolla Manual (MT):
RM368,950 (Semenanjung Malaysia)
RM227,300 (Langkawi)
Sebagai model keempat dalam barisan Toyota GR Series, GR Corolla dibangunkan hasil pengalaman perlumbaan seperti Super Taikyu dan Japanese Rally Championship, serta ujian intensif di Fuji International Speedway.

Toyota GR Corolla 2026 kini boleh didapati di pengedar terpilih GR Garage di seluruh negara, lengkap dengan sokongan selepas jualan dan jaminan kualiti Toyota.