Ford Malaysia bersama pengedarnya Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) sekali lagi menggegarkan pasaran tempatan dengan pelancaran Ford Ranger WildTrak baharu yang kini dipacu enjin V6 3.0L Turbo Diesel. Inilah jentera pikap yang bukan sahaja berkuasa, tetapi penuh gaya, teknologi dan aura premium sesuai untuk kerja berat, long-distance cruising mahupun gaya hidup urban moden.

Di bawah bonet, V6 3.0L Turbo Diesel ini mampu menghasilkan 250 PS pada 3,250 rpm dan 600 Nm tork seawal 1,750 rpm. Bayangkan dengan sekali tekan pedal, pikap ini terus meluru dengan kuasa padu! Dipadankan pula dengan transmisi automatik 10-kelajuan, Ranger WildTrak V6 menawarkan pemanduan yang lancar dan bertenaga dalam apa jua keadaan.

Lebih best, Ford melengkapkan model ini dengan enam mod pemanduan seperti Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts dan Sand. Nak towing bot, meredah jalan becak, atau sekadar cruise di highway, semua boleh disesuaikan ikut gaya pemanduan anda.

Bahagian luar jelas memancarkan kekuatan. Lampu LED Matriks, DRL moden, rim aloi 20 inci dengan tayar 255/55 R20, logo V6 khas, mudflap, serta tayar ganti penuh. Semua ini buat Ranger WildTrak nampak bukan sekadar “utiliti”, tapi benar-benar premium.

Masuk ke dalam kabin, terus terasa moden dan high-tech. Kluster digital 8 inci, skrin sentuh 12 inci SYNC 4A dengan Apple CarPlay/Android Auto, pengecas tanpa wayar, dan slot USB khas untuk dashcam.

Dari sudut keselamatan. WildTrak V6 hadir dengan BLIS (Blind Spot Information System), Adaptive Cruise Control dengan Stop & Go, Lane Keeping Aid, Lane Departure Warning, Rear Cross Traffic Alert dan Post-Collision Braking. Pendek kata, setiap perjalanan lebih yakin, sama ada di bandar atau meredah hutan.

Empat warna ditawarkan seperti Arctic White, Absolute Black, Luxe Yellow dan Meteor Grey. Harga jualan bermula dari RM192,888 (untuk semenanjung Malaysia) manakala RM198,688 (untuk Sabah & Sarawak) harga ini adalah harga atas jalan tanpa insurans.

Untuk pelanggan terawal, Ford menawarkan Pakej Servis Lanjutan 2 tahun + beg pendingin edisi terhad, manakala yang menempah secara online akan menerima kerusi perkhemahan eksklusif Ford. Memang ngam untuk mereka yang suka outdoor lifestyle.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *