Bateriku, penyedia perkhidmatan bantuan tepi jalan nombor satu di Malaysia, terus mengorak langkah ke hadapan dengan pelancaran rasmi bateri automotif ASTRA yang kini menerima pengiktirafan penuh SIRIM untuk kesemua 28 SKU produknya dan menjadikan ASTRA sebagai satu-satunya jenama bateri tempatan yang mencapai pencapaian tersebut.

Dalam majlis pelancaran yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Bateriku turut memperkenalkan Makmal Kualiti Bateriku yang dilengkapi dengan sebuah fasiliti dalaman yang bakal memperkukuh kawalan mutu menerusi ujian prestasi, ketahanan dan keselamatan terhadap setiap unit bateri ASTRA.

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA sudah pun mencecah lebih 1 juta unit jualan, disokong oleh kekuatan ekosistem Bateriku yang terdiri daripada:

  • 225 Pitstop fizikal seluruh negara
  • Lebih 1,500 juruteknik BHero (gig bergerak)
  • Program pembangunan BPreneur dan BBuddy
  • Akademi Bateriku sebagai pusat latihan berterusan

Dengan pensijilan SIRIM IEC 60095, bateri ASTRA menepati piawaian antarabangsa untuk keselamatan dan kualiti yang merangkumi semua varian: MF (Maintenance Free), EFB (Enhanced Flooded Battery) dan AGM (Absorbent Glass Mat).

ASTRA turut menawarkan inisiatif pertama di Malaysia dalam kategori bateri automotif dan memiliki perlindungan insurans takaful Kemalangan Diri (GPA) sehingga RM7,000 secara percuma dengan setiap pembelian bateri.

Lebih menarik, pengguna juga mendapat jaminan waranti nasional dengan bantuan lokasi seluruh negara. Contohnya, walau bateri ditukar di Shah Alam dan kerosakan berlaku sejauh Bota Kiri, Perak pasukan Bateriku akan tetap turun membantu.

Makmal Kualiti Bateriku yang beroperasi di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd. merupakan langkah strategik dalam memastikan kawalan mutu yang telus dan menyeluruh bagi setiap bateri yang dipasarkan. Ini membolehkan Bateriku kekal sebagai peneraju dalam standard dan kebolehpercayaan produk tempatan.

Datuk Hanafi turut memuji pendekatan Bateriku dalam membangunkan kapasiti dalaman serta melestarikan persekitaran melalui inisiatif Briged Hijau dengan mengumpul dan melupuskan bateri lusuh serta e-waste secara mampan.

Menurut Tuan Haji Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku:

“ASTRA bukan sekadar bateri. Ia adalah satu janji kami terhadap kualiti, servis selepas jualan dan ketenangan fikiran pengguna jalan raya. Kami bukan sahaja memperkenalkan perlindungan insurans GPA dan waranti nasional, malah kami uruskan semua tuntutan mekanik tak perlu pening kepala.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *