BMW Group Malaysia hari ini menandakan kemunculan semula acara MY BMW World selepas 10 tahun, dengan memperkenalkan empat model baharu yang menampilkan rekaan inovatif, teknologi terkini, serta komitmen terhadap pengalaman pelanggan yang menyeluruh.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, “Dalam dekad yang lalu, dunia automotif berkembang pesat, seiring dengan perubahan cara pelanggan berinteraksi dengan mobiliti. Namun, prinsip kami tetap sama. Untuk menawarkan pengalaman mobiliti premium sepenuhnya, bukan sekadar dari aspek produk, tetapi melalui pendekatan holistik yang berpusat kepada pelanggan.”

Selain barisan kenderaan baharu, BMW turut memperkenalkan inisiatif Relax. We Care. Iya merupakan sebuah program perkhidmatan menyeluruh yang menggunakan data masa nyata untuk mengesan potensi masalah kenderaan sebelum ia berlaku, sekaligus dapat memastikan ketenangan fikiran pemilik BMW sepanjang tempoh pemilikan.

Sempena ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, dua varian baharu kini ditawarkan untuk pasaran Malaysia. BMW 330i M Sport tampil lebih agresif dengan elemen M Sport termasuk jeriji kidney grille berwarna hitam, rim aloi 19-inci, spoiler belakang M, serta kemasan dalaman Aluminium Rhombicle Anthracite dan sistem audio HiFi. Dikuasakan enjin 2.0L TwinPower Turbo yang menghasilkan 258hp dan 400Nm tork, pecutan 0-100km/j dicapai dalam hanya 5.8 saat.

BMW 320i Sport pula mengekalkan gaya elegan dengan rekaan kidney grille Pearl Chrome dan rim aloi 18-inci, sesuai untuk penggemar gaya eksekutif. Model ini menawarkan 184hp dan 300Nm tork, dengan pecutan 0-100km/j dalam 7.4 saat.

Kedua-dua model dilengkapi teknologi BMW Operating System 8.5 dengan BMW Curved Display, sistem bantuan pemanduan termasuk Active Cruise Control dengan fungsi Stop&Go, serta Parking Assistant Plus.

Selain itu BMW 218 Gran Coupé Sport baharu turut memperlihatkan pendekatan rekaan lebih moden dan sporty, disasarkan kepada pemandu generasi baharu dengan rekaan luaran menampilkan jeriji kidney grille baharu, lampu utama LED Adaptif serta kemasan aerodinamik diinspirasikan dari BMW M.

Di bahagian dalaman, sistem BMW Operating System 9 menguasai paparan BMW Curved Display yang bersaiz 10.25 inci (instrument cluster) dan 10.7 inci (control display).

Dikuasakan dengan enjin 1.5L tiga silinder turbo mampu menghasilkan 156hp dan transmisi Steptronic 7-kelajuan dual-clutch, model ini mampu memecut 0-100 km/j dalam 8.6 saat.

Sistem bantuan pemanduan termasuk Reverse Emergency Braking, Predictive Forward Collision Warning dan Parking Assistant disediakan sebagai ciri standard.

Untuk segmen SUV Premium pula adalah BMW X3 kini menerima kemaskini menyeluruh. Rekaan luarannya menampilkan gril Iconic Glow, lampu LED berbentuk L, serta rim aloi 19-inci gaya Y-spoke.

Bahagian dalaman dikuasai sistem BMW Operating System 9 yang mengendalikan paparan BMW Curved Display bersaiz 12.3 inci + 14.9 inci, serta BMW Interaction Bar yang menawarkan fungsi kawalan sentuhan dengan pencahayaan ambien 15 pilihan warna.

Enjin 2.0L empat silinder mild-hybrid dengan 208hp dan 330Nm tork digandingkan bersama sistem pacuan semua roda xDrive. Pecutan 0-100 km/j dicapai dalam 7.8 saat.

Dilengkapi Driving Assistant Plus, termasuk Lane Change Warning, Steering and Lane Control Assistant serta Parking Assistant Plus dengan fungsi kamera 360 darjah.

Dengan pengenalan program pemilikan premium BMW Relax. We Care. Ini merupakan program pemilikan menyeluruh untuk memastikan pengalaman pemilikan BMW kekal lancar. Di dalam program ini terdapat perkhidmatan seperti, BMW Service Promise memastikan setiap servis kenderaan dilakukan secara profesional dengan pengesanan awal masalah melalui aplikasi My BMW.

Selain itu BMW Service & Repair Inclusive (BSRI) menawarkan servis percuma sehingga 5 tahun/100,000km dan waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun.Pemilik unit kenderaan elektrik turut menerima waranti bateri selama 8 tahun tanpa had perbatuan. BMW Roadside Assistance menyediakan bantuan kecemasan 24 jam, termasuk kereta gantian, tunda kenderaan dan penginapan sekiranya diperlukan.

Dengan gabungan rekaan, teknologi dan perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif, BMW Group Malaysia terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam segmen mobiliti premium di Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *