Pasukan AMI Suzuki Motorsport (ASM) bakal membuat kemunculan di Pusingan 2, Kejohanan Asia Road Racing Championship (ARRC) di Sepang pada 31 Mei hingga 1 Jun ini melalui tiket Wildcard.

ASM akan menggunakan khidmat penunggang sensasi, Adam Norrodin yang akan memacu jentera Suzuki GSX-R1000R bersaing di dalam kategori ASB1000 bersama para pelumba – pelumba terhebat seperti Hafizh Syahrin, Zaqhwan Zaidi, Yuki Kunii dan ramai lagi.
Pasukan AMI akan diterajui oleh Ahmad Faez Yahaya selaku Team Principal sementara Zulfahmi Khairudin akan bertindak selaku Team Manager AMI.

Sudah pasti dengan penyertaan Pasukan AMI dan Adam Norrodin akan menghangatkan lagi kejohanan ARRC serta dapat menaikkan lagi nama pelumba Malaysia khususnya, untuk lebih menyerlah di pentas Asia mahupun dunia.
Orang ramai diharap dapat menghangatkan lagi suasana di Litar Sepang dengan memberikan sokongan padu buat pasukan AMI.