Honda Malaysia kini secara rasmi membuka tempahan untuk model kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama mereka, All-New e:N1, melalui laman web rasmi. Dijadual dilancarkan pada suku kedua 2025, model ini menjadi permulaan penting dalam perjalanan elektrifikasi Honda di Malaysia, khususnya buat pengguna yang inginkan BEV jenama Jepun yang praktikal dan mesra alam.
e:N1 direka berteraskan falsafah “human-centric” Honda – menggabungkan reka bentuk moden, keselesaan harian, dan keseronokan pemanduan. Ia menggunakan platform e:N Architecture F pacuan hadapan, dilengkapi motor elektrik berprestasi tinggi dan bateri lithium-ion 68.8kWh, mampu menjana 150kW kuasa dan 310Nm tork, serta menawarkan jarak pemanduan sehingga 500km (NEDC).
Ciri Menarik e:N1:
- Lampu hadapan dan belakang LED penuh
- Rekaan licin dengan port pengecasan hadapan tersembunyi (AC & DC), serta indikator pengecasan
- Rim aloi dwi-tona 18-inci eksklusif
- Lencana putih “H” baharu sebagai simbol elektrifikasi Honda
- Emblem “Honda” jenis baharu di belakang, menambah sentuhan premium
Dimensi:
Panjang 4,380mm | Jarak roda 2,610mm | Tinggi 1,592mm
e:N1 dilengkapi teknologi keselamatan terkini termasuk:
- Blind Spot Information (BSI)
- Cross Traffic Monitor (CTM)
- Sembilan ciri keselamatan Honda SENSING untuk perlindungan menyeluruh.
Tempahan boleh dibuat melalui:
https://prebook.honda.com.my atau aplikasi HondaTouch.
Untuk pertanyaan lanjut, kunjungi mana-mana lapan pengedar sah Honda yang terpilih, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.

e:N1 menandakan langkah besar Honda ke arah mobiliti elektrik, menawarkan pilihan BEV moden yang mengutamakan prestasi, keselamatan dan gaya – sesuai untuk pengguna Malaysia yang mahukan kenderaan mesra alam tanpa kompromi.