MG Motor Malaysia memperkenalkan SUV elektrik segmen-B terbaru yang bakal dilancarkan. Dengan anggaran harga bermula sekitar RM115,000, model ini menawarkan pengalaman pemanduan menyeronokkan dengan menawarkan pacuan roda belakang. MGS5 EV ini menawarkan dua pilihan bateri seperti 49kWh dan mampu bergerak sejauh 340km dengan motor 120kW. Motor eletrik ini mampu menghasilkan kuasa pada 170PS dan juga tork sebanyak 250Nm. Tawaran kedua adalah hadir dengan bateri 62kWh dengan berkebolehan mencapai jarak perbatuan sejauh 430km dan hadir dengan pengecasan pantas DC 150kW.

Kedua-dua varian MGS5 EV ini turut hadir dengan ciri-ciri standard seperti fungsi V2L (Vehicle-To-Load) berkapasiti AC 6.6kW. Hadir dengan skrin entertaiment 12.8 inci yang mempunyai sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan juga Android Auto serta berkebolehan menerima arahan kawalan suara. Kluster instrumen 10.25 inci dan juga set keselamatan lengkap yang merangkumi tujuh beg udara serta Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

Varian premium (62kWh) pula dilengkapi dengan rim aloi 18 inci, bumbung matahari panoramik, tempat duduk kulit separa, stereng dipanaskan, pintu belakang automatik, sistem audio enam pembesar suara dan kamera 360 darjah. Terdapat lima tawaran warna seperti : Astic White, Monument Silver, Camden Grey, Elegant Latte dan Dynamic Red.

Harga anggaran untuk MGS5 EV RM 115,000