Bersemperna ulang tahun ke 15 Porsche Malaysia yang di wakili oleh Sime Darby Auto Performance telah mengambil peluang untuk melancarkan kereta sport generasi baharu Porsche 911 untuk Pasaran Malaysia. Kereta sport Porsche Carrera 911 generasi baharu ini ditawarkan dengan dua varian seperti Porsche 911 Carrera serta Porsche 911 Carrera GTS. Dengan tawaran harga bermula daripada RM 1,430,000 untuk 911 Carrera dan RM 1,890,000 untuk 911 Carrera GTS.

Untuk Porsche 911 Carrera GTS kini hadir dengan teknologi terkini yang dilengkapi dengan sistem T-Hybrid yang ringan yang menggabungkan bersama pemampat turbo yang mampu memberi tambahan tekananan boost serta merta dan mampu menjana sehingga 11kW (15PS). Selain itu kombinasi elektrik motor kedua yang disepadukan bersama transmisi PDK-8 kelajuan yang membekalkan tork sehingga 150 Nm dan kuasa tambahan hingga 40kW.

Porsche 911 Carrera GTS T-Hybrid generasi baharu ini juga menggunakan bateri bervoltan tinggi yang mampu menawarkan kuasa sehingga 400V dengan kapasiti 1.9kWh. Uniknya iya hanya sebesar saiz bateri 12 volt utama. Selain itu juga, untuk memastikan kereta sport generasi baharu ini kekal ringan, penggunaan bateri 12V jenis Litium Ion untuk membekalkan kuasa kepada sistem elektrik kenderaan.

Varian Porsche 911 Carerra GTS kini hadir dengan enjin berkapasiti 3.6 liter dengan teknologi Vario Cam untuk kawalan injap, serta komponen tali sawat telah dibuang dan menjadikan enjin ini lebih kompak. Enjin ini menghasilkan kuasa sehingga 485 PS dan 570 Nm tork, tanpa bantuan elektrik motor. Jika disokong bersama sistem elektrik, gabungan ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 541 PS dan 610 Nm tork dimana ia meningkat sebanyak 61 PS jika dibandingkan bersama enjin lama.

Untuk Porsche Carrera 911 Baharu, masih menggunakan enjin berkapasiti 3.0 liter dengan turbo bekembar serta “intercooler” yang ditempatkan di bahagian atas enjin. Untuk Generasi baharu ini, enjin 3.0 liter turbo berkembar ini menghasilkan kuasa 394 PS dan 450 Nm dan berkebolehan memecut sehingga 294 km/j.

Di Majlis ulangtahun ke 15 Porsche Malaysia ini juga, Sime Darby Performance turut mengambil peluang untuk mempamerkan Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe yang dipasang tempatan sepenuhnya. Majlis ini berlangsung di The Exchange TRX sehingga 13 April 2025 untuk peminat Porsche melihat kenderaan-kenderaan ini secara dekat.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *