Chery Corporate Malaysia tampil membantu mangsa kejadian letupan gas yang berlaku di Putra Heights, Selangor. Insiden ini telah menjejaskan banyak rumah, memaksa keluarga berpindah dan mengganggu aktivit kehidupan harian mereka.
Sebagai syarikat yang ambil berat soal keselamatan, bukan saja atas jalan raya tapi juga dalam komuniti, Chery melancarkan program pinjaman kenderaan khas. Sebanyak 50 buah kereta akan dipinjamkan kepada keluarga yang terkesan, untuk membantu mereka bergerak sementara waktu β sama ada ke tempat kerja, ke hospital, atau urusan harian lain.

Chery juga akan bekerjasama rapat dengan pejabat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Exco YB Ng Sze Han dan pihak berkuasa tempatan untuk pastikan program ini berjalan lancar. Program ini akan berlangsung untuk satu tempoh masa bagi bagi memberi peluang kepada keluarga terlibat susun semula kehidupan dan cari penyelesaian pengangkutan yang lebih tetap.